Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Isu Booth Cosplay Percuma di Nijiket, Komuniti ACG Tidak Puas Hati Dengan Nijigen Expo!

Maira by Maira
September 8, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Game, Komik, Manga, Tempatan
0 0
0
Isu Booth Cosplay Percuma di Nijiket, Komuniti ACG Tidak Puas Hati Dengan Nijigen Expo!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara ACG sememangnya acara yang popular malah banyak diadakan di Malaysia. Sebagai contoh Comic Fiesta, AniMangaki, TAGCC dan banyak lagi! Tetapi dalam banyak-banyak acara ACG di Malaysia ini, ada satu penganjur yang sering menjadi spotlight dalam komuniti ACG iaitu Nijigen Expo.

Sumber: Nijigen Expo

Mungkin ada antara anda yang tidak tahu, tetapi Nijigen Expo antara penganjur yang paling banyak mengadakan acara ACG dan yang terbaru adalah Nijiket 2023. Acara yang bakal berlangsung pada bulan ini, telah menarik perhatian ramai tidak kiralah pengunjung mahupun artis yang mahu membuka booth.

Bercerita tentang booth, inilah perkara utama yang mendapat spotlight tentang Nijiket 2023. Melalui sebuah post daripada Facebook, penulis mendedahkan ketidakadilan yang berlaku antara booth artis dan booth cosplay. Melalui gambar yang dikongsikannya, mereka yang ingin membuka booth artis perlu membayar RM300 manakala booth cosplay pula boleh dibuka secara percuma.

Sumber: Facebook

Ini telah menyebabkan ramai artis tidak berpuas hati. Bukan sahaja mereka perlu membayar booth malah harganya juga mahal. Kalau modal buka booth itu boleh dapatkan semula mungkin ramai yang tidak kisah, tetapi ramai sahaja mereka yang membuka booth semasa acara Nijigen Expo di Mid Valley yang tidak mendapat modal mereka semula.

Sumber: Nijigen Expo

Boleh tahan juga kecoh dalam komuniti ACG mengenai hal ini. Apabila rakan media kami, Gamerbraves bertanya kepada pihak penganjur, mereka membalas dengan mesej berikut (setelah diterjemah):

“Hai, pertama sekali kami kesal mendengar pengalaman anda yang tidak menyenangkan semasa pendaftaran. Sebab mengapa cosplayer layak mendapat booth percuma adalah kerana tajaan daripada pusat membeli-belah kerana mereka berminat untuk menarik lebih ramai cosplayer ke acara tersebut. Kami memohon maaf sekali lagi jika anda rasa tidak dilayan secara adil dalam perkara ini dan kami harap anda faham.”

Nijigen Expo melalui Messenger
Kredit: Gamerbraves

Ramai juga yang mendapat mesej yang sama daripada penganjur dan mula membuat spekulasi menarik mengenainya. Anda boleh mencari komen-komen tersebut melalui perkongsian di Facebook.

Ada banyak lagi acara ACG lain yang akan berlangsung pada bulan September selain Nijiket 2023. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk berita menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi.

Tags: Nijigen ExpoNijiket 2023
ShareTweetSend
Previous Post

JUMP ASSEMBLE – Game MOBA rasmi dengan semua hero Shonen Jump! Bakal keluar di Malaysia!

Next Post

Cara-cara main Final Fantasy VII Ever Crisis di Malaysia! (Pintas Region Lock)

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Cara-cara main Final Fantasy VII Ever Crisis di Malaysia! (Pintas Region Lock)

Cara-cara main Final Fantasy VII Ever Crisis di Malaysia! (Pintas Region Lock)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd