Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Interviu] Bagaimana Dead by Daylight Membawa The Krasue (Ataupun Hantu Penanggal) Ke Mata Dunia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 17, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Seram, Steam, Temuramah, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Interviu] Bagaimana Dead by Daylight Membawa The Krasue (Ataupun Hantu Penanggal) Ke Mata Dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Dead by Daylight kembali dengan mimpi ngeri menerusi bab terbaharunya, Sinister Grace. Bab ini membawa para pemain menyelami mimpi ngeri yang diilhamkan dari kisah seram Thai, dengan memperkenalkan watak Killer baharu yang unik lagi menakutkan, The Krasue, di samping seorang Survivor bernama Vee Boonyasak.

Kami berkesempatan menemu bual Dave Richard, yang memegang jawatan Pengarah Kreatif Kanan Dead by Daylight, untuk mendapatkan pemahaman tentang aspek cerita, proses reka bentuk, serta kerjasama di sebalik bab baharu ini di alam The Fog.

Dave Richard (Pengarah Kreatif Kanan Dead by Daylight) | Kredit: Behaviour Interactive

Mengapa The Krasue Dipilih Sebagai Killer Baharu

Kredit: Behaviour Interactive

Dalam proses pemilihan raksasa baharu untuk dilepaskan ke alam The Entity, pasukan di Behaviour Interactive berdepan dengan pelbagai pilihan dari himpunan cerita dongeng sedunia. Bagi bab Sinister Grace, perhatian mereka terarah kepada Thailand, sebuah negara yang penuh dengan kisah menyeramkan.

Richard menyatakan bahawa The Krasue dipilih tanpa ragu-ragu.

“Ada begitu banyak hantu Thai yang menarik, tetapi kami memang cepat memilih Krasue kerana dia adalah seorang Killer yang sangat berkuasa dari segi visual,” jelasnya. “Dia juga mencetuskan reaksi naluri yang sangat kuat daripada mereka yang menemuinya.”

Pasukan pembangun mengakui bahawa rupa paras The Krasue yang ikonik itu amat bersesuaian dengan elemen seram visceral yang menjadi teras game tersebut.

Tambahan pula, hakikat bahawa “dia begitu terkenal dan digeruni di Thailand dan Asia Tenggara” terus mengukuhkan kedudukannya sebagai watak utama yang menakutkan dalam bab ini.

Kredit: Behaviour Interactive

Meskipun ada entiti seumpamanya dalam pelbagai tradisi budaya di seluruh Asia Tenggara, pasukan pembangun membuat keputusan untuk memfokuskan ciptaan mereka secara khusus kepada cerita rakyat dari Thailand. Langkah ini diambil sebagai tanda penghargaan kepada sebahagian daripada pangkalan pemain mereka.

“Kami memilih versi Krasue dari Thailand kerana kami tahu kami mempunyai pemain hebat dari Thailand dan lebih meluas lagi dari Asia Tenggara yang pasti suka melihat elemen penting budaya mereka diwakili,” kongsi Richard.

Untuk pasukan pembangun, usaha ini lebih daripada sekadar pembikinan watak baharu; ia dilihat sebagai kesempatan untuk menghubungkan budaya menerusi elemen seram. Seperti yang dikatakan oleh Richard:

“Seram mempunyai kuasa untuk menyatukan orang dan kami sangat teruja kerana dapat memperkenalkan The Krasue kepada audiens baharu dan menjadikan cerita rakyat Asia Tenggara dapat diakses oleh mereka.”

Reka Bentuk dan Mekanik Gameplay The Krasue

Kredit: Behaviour Interactive

Proses untuk membawa masuk figura seunik The Krasue ke dalam dunia Dead by Daylight merupakan satu cabaran kreatif yang besar.

“Sudah tentu, dia 100% unik dan sangat berbeza daripada apa-apa yang pernah kami lakukan,” akui Richard.

Strategi utamanya adalah untuk mengadaptasi, bukannya menghilangkan, keperibadian asas watak tersebut. Diselubungi misteri gelap, The Krasue merupakan mangsa sumpahan. Pada asalnya, dia ialah Burong Sukapat, seorang penyanyi opera tersohor yang kelunakkan suaranya mempersona para pendengar.

Pada waktu siang, pesona dan bakatnya sentiasa meraih sanjungan, namun apabila malam menjelma, satu sumpahan durjana mengubahnya menjadi susuk kepala yang melayang-layang di jalanan Siam untuk mencari bangkai dan daging manusia.

Kredit: Behaviour Interactive

Dari segi penampilan, The Krasue mempunyai reka bentuk yang amat luar biasa. Ususnya berjuntaian dari lehernya yang terbuka—satu pemandangan yang ditegaskan oleh Richard bukan untuk mereka yang lemah semangat atau mudah loya.

Sifat tragis ini diterapkan terus ke dalam gameplay, membolehkan pemain menguasai kedua-dua bentuknya. Dalam Body Form, dia berupaya bergerak di serata peta sambil melepaskan Leeching Gland bagi menyumpah Survivor.

Apabila seorang Survivor telah disumpah, dia boleh menceraikan kepalanya untuk bertukar menjadi Head Form, lalu memburu mangsa dengan pantas dan menyerang menggunakan Strand Whip.

Kredit: Behaviour Interactive

Kesetiaan kepada latar belakang cerita ini menjadi aspek terpenting dalam rekaan mekanik gameplay. Richard menjelaskan:

“Kami bersandarkan pada kisah Burong Sukapat: jeritan yang dibuat oleh Krasue dan racun yang dapat dikeluarkannya adalah berdasarkan kehidupan Burong sebelum disumpah.”

Pasukan itu juga sedar bahawa aspek visual yang hebat adalah satu kemestian.

“Dari segi animasi, kami mesti ada kepala terapung dengan organ yang berjuntaian di belakang,” kata Richard. “Ini sememangnya satu kemestian dan saya rasa pasukan kami benar-benar berjaya melaksanakannya!”

Memperkenalkan Survivor Baharu: Vee Boonyasak

Kredit: Behaviour Interactive

Turut diperkenalkan bersama ialah Vee Boonyasak, seorang pemain dram berasal dari Thailand yang memiliki keperibadian ceria dan karisma yang melimpah ruah.

Selaku anggota kugiran punk Axekick, Vee mempunyai ciri-ciri individu yang pintar akal dan bertenaga, menjadikannya rakan sepasukan yang ideal dalam menghadapi kengerian The Fog. Namun, takdir kelam telah menyebabkan jalan hidup Vee bersilang secara tragis dengan Burong.

Dia secara tidak sengaja menemui rakaman lama nyanyian opera itu dan, setelah mengagumi kekuatannya, telah menggunakan sampel vokal tersebut dalam sebuah lagu baharu. Perbuatannya itu tanpa sedar telah memerangkapnya dalam sumpahan Burong, yang akhirnya mengheretnya ke alam mimpi ngeri The Entity.

Kolaborasi dengan Pencipta dan Bakat dari Thailand

Kredit: Behaviour Interactive

Bagi memastikan Sinister Grace menjadi sebuah karya yang tepat dan menghormati budaya Thai, Behaviour Interactive telah menjadikan kerjasama dengan para penggiat kreatif dari Thailand sebagai keutamaan di setiap fasa pembangunan. Richard menegaskan bahawa perkara ini merupakan elemen utama projek tersebut.

“Adalah sangat penting bagi kami untuk menghormati cerita rakyat Thai dengan interpretasi kami terhadap Krasue, oleh itu kami bekerjasama dengan seorang perunding Thai – untuk memastikan kerja kami adalah dan sentiasa setepat yang mungkin,” katanya.

Kredit: Behaviour Interactive

Budaya kerjasama ini telah berjaya menghimpunkan ramai bakat untuk menyumbang kepada bab ini.

Pasukan pembangunan telah bekerjasama dengan Dr. Organ Prawang, seorang penyanyi Opera Thai, untuk meminjamkan suaranya yang seram bagi watak The Krasue, manakala pelakon suara Thai, Sura Siu, dipilih untuk menghidupkan watak Vee Boonyasak.

Seni utama untuk bab ini pula merupakan hasil sentuhan artis dari Bangkok, Songmuang Chuaynukoon. Bagi Richard dan seluruh pasukannya, kerjasama ini amat mustahak dalam merealisasikan visi mereka.

“Wawasan mereka tidak ternilai – sangat penting bagi kami, apabila mewakili budaya lain, untuk melaksanakannya dengan betul dan teliti – dan para kolaborator ini pastinya telah memastikan perkara ini untuk kami.”

Reaksi Komuniti Pemain di Asia Tenggara

Kredit: Behaviour Interactive

Penentu kejayaan terbesar Sinister Grace sudah tentulah maklum balas daripada komuniti yang menjadi inspirasinya. Sejak bab ini diekluarkan, reaksi yang diterima daripada para pemain di rantau ini sangat luar biasa.

Kesungguhan pasukan pembangun dalam menitikberatkan keaslian dan kolaborasi ternyata dihargai oleh para pemain, sekali gus membuktikan bahawa segala jerih payah yang dicurahkan dalam projek ini tidak sia-sia. Richard kelihatan amat tersentuh dengan sambutan komuniti.

“Kasih sayang yang kami terima daripada komuniti Thai dan Asia Tenggara begitu mengagumkan dalam cara yang terbaik!” serunya.

Penerimaan yang ikhlas ini menjadi penutup yang sangat bermakna bagi perjalanan pembangunan bab tersebut, dan Richard turut menitipkan pesanan khas buat para peminatnya:

“Maklum balas anda sangat menakjubkan kami – terima kasih dari lubuk hati kami!”

Dead by Daylight: Sinister Grace sudah pun dilancarkan dan boleh dimainkan di platform PC, PlayStation, Xbox, serta Nintendo Switch. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: dead by daylightinterviu
ShareTweetSend
Previous Post

“Kembalikan Semangat Anda” – Pencipta Dead Space Memulakan gamescom asia x Thailand Game Show 2025

Next Post

Battlefield 6 Pecahkan Rekod Francais Dengan Jualan 7 Juta Salinan Pada Hujung Minggu Pelancaran

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Battlefield 6 Pecahkan Rekod Francais Dengan Jualan 7 Juta Salinan Pada Hujung Minggu Pelancaran

Battlefield 6 Pecahkan Rekod Francais Dengan Jualan 7 Juta Salinan Pada Hujung Minggu Pelancaran

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd