Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview The DioField Chronicle – Kebangkitan strategi RPG!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2022
in Artikel, Berita, Eksklusif, JPRG, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Temuramah, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Interview The DioField Chronicle – Kebangkitan strategi RPG!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan hanya baki beberapa hari sebelum ia dilancarkan pada 23 September, The DioField Chronicle adalah antara game taktikal yang menjadi topik perbualan hangat pada tahun ini. Jika anda pernah bermain demo tersebut, mungkin anda dapat melihat bahawa DioField terserlah daripada aspek: seninya, reka bentuk dan cara ia menggunakan strategi real-time di medan perang.

Untuk belajar lebih lanjut tentang game ini, kami berbincang dengan Produser Square Enix, Shigeyuki Hirata, Pengarah seni Square Enix, Takahiro Kumagai dan Pengarah pembangunan dan pereka pertempuran daripada Lancarse, Hirofumi Fukui mengenai apa yang membuatkan The DioField Chronicle sangat istimewa.

  • Shigeyuki Hirata
  • Takahiro Kumagai
  • Hirofumi Fukui

Berikut adalah isi kandungan interview:

Kami dapat melihat yang DioField lebih kepada real-time strategy RPG berbanding sistem grid-based seperti Final Fantasy Tactics. Bolehkah anda memberitahu lebih lanjut tentang keputusan untuk menggunakan sistem pertempuran jenis ini dan kelebihannya

Shigeyuki Hirata: Memandangkan banyak RPG strategi ortodoks telah dikeluarkan, saya sentiasa mencari peluang untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam genre.

Galakan untuk pelancaran projek baru ini datang daripada idea bahawa kami boleh mencipta RPG strategi serba baharu dengan menggabungkan elemen real-time MMO atau MOBA dengan sistem permainan RPG yang lebih klasik.

Kelebihan terbesar sistem pertempuran ini ialah pertempuran real-time membolehkan pemain merasai keseronokan aksi spontan.

Pada masa yang sama, pemain juga mempunyai pilihan untuk menghentikan elemen real-time jika mahukan lebih banyak masa untuk memikirkan langkah seterusnya. Ini memastikan elemen strategi dalam genre RPG dikekalkan.

Dengan itu, saya percaya kami telah mencapai keseimbangan sempurna antara kedua-dua genre ini, dan dengan berbuat demikian, telah mencipta game yang benar-benar unik.

Anda berkata dalam temu bual lama bahawa DioField bukan sahaja diilhamkan oleh RPG lama seperti Ogre Battle tetapi juga game Barat seperti League of Legends dan Diablo. Bolehkah anda memberitahu lebih lanjut tentang bagaimana game ini atau mana-mana game lain menginspirasikan DioField Chronicle?

Shigeyuki Hirata: Dari segi kawalan dan pergerakan linear watak di atas medan permainan, game MOBA seperti League of Legends dan game RPG seperti Final Fantasy XII merupakan sumber inspirasi kami.

Memandangkan kami ingin menghasilkan semula penggunaan Skill dalam RPG strategi dan memastikan penggunaan Magilumic Orbs memberikan pengalaman yang benar-benar mendebarkan, kami mengambil inspirasi selanjutnya daripada Final Fantasy Tactics dan Fire Emblem untuk mekanik ini.

Kami mendapati ia benar-benar seronok dapat menyeru Bahamut sebagai salah satu serangan khas Magilumic Orb dalam demo. Bolehkah anda memberitahu lebih lanjut tentang Magilumic Orb dan adakah kita akan melihat lebih banyak summon klasik?

Shigeyuki Hirata: Watak yang boleh summon menggunakan Magilumic Orb adalah berdasarkan watak dari Lord of Vermillion, yang merupakan game yang saya kerjakan dahulu sebagai penerbit. Oleh itu, peminat boleh mengharapkan beberapa watak lain yang mempunyai hubungan dengan Lord of Vermillion untuk muncul  sebagai makhluk ajaib atau sebagai summon Magilumic Orb.

Kami dengar bahawa komposer Game of Thrones, Ramin Djawadi dan Brandon Campbell menghasilkan skor soundtrack game. Bolehkah anda berkongsi lebih lanjut tentang pengalaman bekerja dengan mereka?

Shigeyuki Hirata: Sebagai peminat Game of Thrones, saya rasa bahawa mereka adalah satu-satunya komposer yang boleh mencipta muzik yang sepadan dengan suasana dan tema game ini. Oleh itu, saya mendekati mereka!

Walaupun kami banyak berkomunikasi melalui e-mel, mereka sangat cepat memahami suasana game dan itu menjadikan keseluruhan proses berjalan lancar. Ciri-ciri unik gubahan muzik juga jelas dalam skor game.

Dengan game ini, Triangle Strategy dan Tactics Ogre: Reborn kembali pada tahun ini, adakah anda rasa bahawa populariti genre Strategi RPG kembali bangkit?

Shigeyuki Hirata: Saya sentiasa percaya bahawa genre RPG mempunyai potensi besar yang belum diterokai, dan ia kini direalisasikan sejak kebelakangan ini. Sebagai genre dengan daya tarikan sejagat, ia telah disesuaikan dan dikembangkan dalam pelbagai cara.

Fukui: Kemajuan terkini dalam pembangunan permainan video telah membolehkan kami melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kami dan juga membolehkan kami untuk melawat semula genre tradisional dengan pendekatan baru.

Saya merasakan bahawa kebangkitan semula genre strategi RPG ini adalah natural dengan kemajuan revolusi dalam teknik pembangunan game.


Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Shigeyuki Hirata, dan Takahiro Kumagai daripada Square Enix serta Hirofumi Fukui daripada Lancarse kerana sudi menjawab soalan kami!

The DioField Chronicle akan dilancarkan pada 23 September di PS, Xbox, Switch dan PC.

Tags: interviewsquare enixThe DioField Chronicle
Previous Post

Like a Dragon: Ishin akan tiba 21 Feb 2023, boleh pre-order sekarang!

Next Post

Judgment & Lost Judgment PC Review – Port Yang Mantap! Mari Beraksi Bersama Yagami!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Judgment & Lost Judgment PC Review – Port Yang Mantap! Mari Beraksi Bersama Yagami!

Judgment & Lost Judgment PC Review - Port Yang Mantap! Mari Beraksi Bersama Yagami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd