Baru-baru ini Blizzard baru sahaja memasukkan Overwatch Anniversary update. Didatang dengan skin yang banyak, juga map deathmatch yang baru – Petra! Dengan menyambut Anniversary mereka yang kedua, mereka memberi Overwatch Free Weekend bagi mereka yang tidak dapat membeli game tersebut. Banyak soalan yang kami ingin bertanya lagi-lagi tentang Map Petra, dimana, map tersebut, lantainya boleh pecah! jadi, jom, ikut aku dalam entri ni untuk membaca, apa yang kami borakkan dengan Geoff Goodman (Lead Hero Designer) dan juga Bill Warnecke (Lead Software Designer).
Pertama sekali tentang Map Petra, dimana lantainya, korang boleh pecahkan. Tetapi, ianya merupakan satu Prototype yang dibuat oleh kumpulan Overwatch. Bila mereka dah test, mereka akan masukkan ke live server, dan mengharapkan feedback dari para pemain. Seperti jump pad di Oasis, kita boleh mengharapkan dinding yang boleh dipecahkan untuk map akan datang, tapi ianya tak semestinya wajib untuk map seterusnya.
Penceritaan di sebalik Petra juga menarik. Sebab, map juga memainkan peranan penting dalam penceritaan untuk game Overwatch. Petra merupakan tempat arkeologis dimana mereka menggali untuk mencari sesuatu. Ini meninggalkan kita satu misteri dalam Lore Overwatch dimana memberi kita peluang untuk kita explore pada masa hadapan. Dengan ini, kita boleh mengharapkan banyak lagi perkara dalam Overwatch.
Dengan skin legendary yang datang bersama Anniversary Update, kita seharusnya berterima kasih kepada Concept Artist yang diketuai oleh Arnold Tsang. Walaupun ramai peminat yang berkongsi art mereka untuk hero kesukaan mereka, Overwatch concept artist mengambil art mereka dan jadikan sebagai inspirasi. Tetapi, concept artist masih keluarkan skin original seperti yang dinyatakan oleh Geoff.
Seperti kita semua tahu, brawl events sebelum ini termasuk dalam Anniversary update, dimana pemain boleh bermain selain daripada menunggu musim yang betul. Sebab itu, team Overwatch membawa brawl events yang baru pada musim akan datang. Walau bagaimanapun, Geoff dan Bill tidak memberitahu apa-apa info lagi buat masa ini. Tapi, kami pasti yang team Overwatch mempunyai toolset yang kuat yang mereka gunakan untuk bereksperimen dengan hero, dan juga game mode. Jadi, sememangnya, ramai pemain akan menunggu banyak lagi perkara yang baru.
Selain daripada itu, ada rework untuk Symmetra akan datang di dalam PTR. Dimana, roles nya ditukar dari support, kepada heavy damage dealer. Sememangnya sekarang, Symmetra merupakan damage dealer, tetapi, masih mengekalkan skill untuk meletakkan teleporternya. Dikatakan juga yang teleporternya mampu untuk membawa hero ke tempat yang susah untuk dicapai. Selain daripada itu, Reinhardt juga akan di rework. Disebabkan banyak bug yang berlaku dengan Earth Shatter, mereka membina kembali dan harap ianya akan selesaikan bug tersebut.
Ada juga soalan yang ditanya, ‘Apa yang ada disebalik topeng Reaper?’. ianya merupakan soalan baru bagi mereka, secara seloroh mereka menjawab, kemungkinan, disebalik topeng Reaper, ada emote sticker! Terakhir sekali, Free for All Competitive season tidak akan dibawa masuk ke dalam Overwatch League.
Jadi, inilah semua yang kami dapat. Kami harap mereka menjawab sedikit sebanyak soalan tentang update baru dan masa depan Overwatch. Kami harap anda semua terhibur dan teruja untuk brawl, events pada masa hadapan dan juga Symmetra Rework.
@gamersantaimy
Discussion about this post