Square Enix telah mengumumkan Final Fantasy VII Revelation, iaitu game ketiga dan terakhir dalam trilogi remake Final Fantasy VII.
Pengumuman tersebut menjadi penutup dalam acara Summer Game Fest 2026, di mana pengarah Naoki Hamaguchi dan pelakon suara Matt Mercer naik ke pentas untuk berkongsi tajuk game, key artwork, serta gameplay pertama.
Revelation akan dilancarkan pada musim bunga (sekitar Mac hingga Jun) 2027, bertepatan dengan ulang tahun ke-30 pelancaran game asal pada tahun 1997.
Peralihan kepada Pelancaran Serentak di Pelbagai Platform

Perubahan paling besar untuk penutup trilogi ini adalah platform pengedaran. Walaupun Final Fantasy VII Remake dan Final Fantasy VII Rebirth sebelum ini dilancarkan sebagai ‘timed PlayStation exclusive’, Revelation beralih daripada corak tersebut.
Square Enix mengesahkan bahawa game ini akan dilancarkan secara serentak pada hari pertama di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC (melalui Steam, Epic Games Store, dan aplikasi Xbox PC), serta Nintendo Switch 2.
Terbang Tinggi dengan Highwind
Gameplay menunjukkan open-world luas yang saling berhubung, di mana pemain boleh mengembara menggunakan kapal terbang ikonik, Highwind.

Bukan sahaja berfungsi sebagai mekanik fast-travel, Highwind menawarkan kebebasan bergerak sebenar. Pemain boleh mengemudi kapal tersebut ke mana-mana sahaja di seluruh dunia dan terjun pada bila-bila masa. Dengan menggunakan payung terjun, Cloud dan rakan-rakannya boleh mendarat di mana-mana bahagian peta, dengan peralihan serta-merta daripada udara terus ke gameplay di darat.

Revelation memperkenalkan beberapa kawasan baharu penting, antaranya:
- Wilayah Mideel: Kawasan hutan hujan tropika yang meliputi seluruh pulau Mideel.
- Wilayah Wutai: Tempat asal kumpulan ninja legenda.
Mekanik Combat dan Rakan Seperjuangan Baharu
Sistem combat (yang menggabungkan aksi real-time dengan menu arahan) akan ditambah baik lagi dalam Revelation.
Kumpulan utama akhirnya bersatu sepenuhnya, dengan memperkenalkan dua watak yang amat dinanti-nantikan ke dalam senarai watak yang boleh dimainkan
- Vincent Valentine (disuarakan oleh Matt Mercer dalam versi bahasa Inggeris): Seorang ‘gunslinger’ yang tangkas dan tepat, yang mampu mengubah keadaan combat dengan tembakan pantas serta transformasi makhluk.


- Cid Highwind (disuarakan oleh J. Michael Tatum dalam versi bahasa Inggeris): Juruterbang kapal Highwind yang bertindak sebagai pahlawan “dragoon.” Beliau menggunakan tombak untuk melakukan serangan pada satu sasaran atau serangan jenis area-of-effect (AoE).


Game ini juga memperkenalkan mekanik baharu yang dipanggil “Fits”. Dengan menukar pakaian watak, pemain boleh mengubah ‘combat moveset’ mereka. Pakaian-pakaian ini membuka abiliti unik serta membangkitkan job class klasik Final Fantasy, seperti “Warrior” yang agresif atau “Black Mage” yang berfokuskan sihir.


Ancaman “Weapons” yang Kian Menghampiri


Kisah diteruskan dengan perjuangan Cloud Strife dan rakan-rakannya untuk menghalang kemusnahan dunia ketika Sephiroth semakin hampir menjadi tuhan. Dengan ancaman “Meteor” yang bakal memusnahkan planet ini, dunia itu sendiri mula bertindak balas dengan membangkitkan penjaga planet purba besar yang dikenali sebagai “Weapons”.


Bagaimanapun, disebabkan entiti gergasi ini menyerang tanpa mengira mangsa akibat kemarahan mereka, Cloud dan pasukannya terpaksa mempertahankan dunia bukan sahaja daripada Sephiroth, malah daripada penjaga yang sepatutnya melindungi planet itu sendiri.









Discussion about this post