Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Remake, Seram, Steam, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom membuka acara Summer Game Fest 2026 dengan pengumuman yang sangat dinantikan: iaitu remake untuk game survival horror klasik pada tahun 2000, Resident Evil: Code Veronica. Diberi tajuk rasmi Resident Evil Veronica, game yang diolah semula ini akan dikeluarkan pada tahun 2027 bagi PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, dan PC melalui Steam.

Trailer pertama menampilkan perubahan pada perspektif francais, bermula daripada sudut pandangan first-person di dalam sebuah kompleks apartmen misteri. Babak tersebut menunjukkan seorang watak sedang mencari Chris Redfield sebelum berhadapan dengan seorang wanita tua yang menyeramkan, lalu ditangkap oleh satu lembaga misteri. Trailer itu diakhiri dengan mendedahkan Claire Redfield sebagai protagonis utama.

Asalnya dilancarkan pada tahun 2000 untuk Sega Dreamcast, Resident Evil: Code Veronica dianggap sebagai jalan cerita yang penting namun kadangkala kurang diberi tumpuan dalam IP ini. Berlatarkan tiga bulan selepas peristiwa Resident Evil 2, kisahnya mengikuti perjalanan Claire Redfield yang sedang mencari abangnya yang hilang, Chris. Siasatan tersebut membawa dirinya ditangkap oleh Umbrella Corporation, sebelum dia dipenjarakan di Pulau Rockfort yang dipenuhi zombi.

Capcom mengesahkan bahawa Resident Evil Veronica sedang dibina semula sepenuhnya menggunakan RE Engine. Pasukan pembangun sasar untuk membawakan gameplay yang lebih moden serta tahap realisme yang sangat terperinci, selari dengan projek remake Capcom sebelum ini seperti Resident Evil 2, 3, dan 4.

Lebih banyak maklumat mengenai Resident Evil Veronica akan dikongsikan dari semasa ke semasa sepanjang proses pembangunan menuju ke tempoh pelancaran pada tahun 2027.

Tags: Resident Evil Veronica
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

Next Post

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

Stellar Blade Dedahkan Sekuel "BLOOD RAIN"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd