Pelancaran untuk Monster Hunter World ke platform PC mungkin berbulan-bulan lagi. Tapi, pemain dah mula mencari jalan alternatif untuk mereka merasai atau mengalami macam mana untuk bermain Monster Hunter World. Dan aku dah jumpa, game yang percuma untuk dimain, menggunakan konsep Monster Hunter World, iaitu Dauntless. Nak tahu lebih lanjut? Jom, baca entri ni.
Mula mula aku nak sebut kat sini, game ni bukan dekat Steam, hokay? Kenapa aku cakap game ni macam Monster Hunter? sebab korang kene buru dan bunuh Behemoth. Behemoth tu natang apa plak? Ianya Panggilan kepada monster-monster yang ada dalam game Dauntless ni. Dan macam Monster Hunter World juga, setiap Behemoth ada kelemahan masing-masing, macam Pangar, kelemahan dekat ekor, jadi, kalau korang rembat ekor dia, korang akan deal increase damage dan korang boleh putuskan ekor dia.
Kenapa kena putuskan? Sebab, dari situlah korang akan dapat barang untuk craft weapon, armor, dan sebagainya. Haish, malas nak cerita panjang, tengok gameplay aku main dekat bawah:
Jadi, aku ulang sekali lagi, game ni takde dekat Steam, kat mana nak download? Nanti aku akan bagi link di bawah. Suka untuk aku highlight kan di sini, Dauntless merupakan game yang free-to-play, dan tiada unsur unsur pay-to-win (mungkin bukan sekarang) dan pada pandangan aku, gameplaynya sangat lah menarik. Jadi, kepada korang yang rasa nak main Monster Hunter World, jom, join aku dalam Dauntless! Oh, sebelum aku lupa, game ni baru masuk fasa open beta, dan hari ni baru hari pertama, so, server memang padat gila, jadi sabaq la na, bulan puasa nih!
@gamersantaimy
Discussion about this post