Buat mereka yang ingin menjual atau membeli barang game/gajet second-hand di kedai yang sahih tanpa risau kena tipu; saya mencadangkan agar kamu pergi ke kedai CeX. Mungkin ramai yang baru tahu tentang kedai ini; kerana CeX sebenarnya baru sahaja membuka cawangan pertama di Malaysia, khususnya di IOI City Mall, Putrajaya!
Boleh dijumpai di L2-69 (bertentangan dengan GSC West), anda boleh membeli/ menjual game, telefon pintar dan gajet-gajet terpakai lain, semuanya pada harga lebih murah. Tentang kualiti, jangan risau kerana majoriti dijamin elok. Andai kata ada masalah, setiap barang dilindungi oleh waranti jadi pelanggan boleh pulang semula jika ada isu.
Selain barang terpakai, mereka juga menjual barangan baharu termasuk game dan peranti. Pilihan yang ditawarkan agak luas, jadi pastikan anda singgah di CeX jika berdekatan IOI City Mall.

Buat mereka yang tidak tahu, CeX Ltd. (Complete Entertainment eXchange) ialah salah satu kedai “second-hand” terbesar di UK yang berurusan dalam teknologi, pengkomputeran, permainan video, DVD dan pembaikan teknologi; tidak kisah baru atau lama. Secara am, mereka membantu membeli dan menjual konsol/elektronik terpakai juga. Asalnya ditubuhkan pada tahun 1992 di London, sejak itu CeX telah berkembang kepada lebih 380 kedai di UK dan lebih 230 kedai di luar negara termasuk Malaysia.
Bagi rancangan CeX di Malaysia, mereka akan membuka cawangan Malaysia yang seterusnya di KL, di pusat beli-belah MyTOWN pada hujung tahun. Pada masa yang sama, CeX turut akan melancarkan perkhidmatan dalam talian dengan pilihan klik dan kumpul, serta penghantaran ke rumah.

Saya tidak pasti bila semua rancangan ini akan dilaksanakan tetapi anda boleh mengikut media sosial @CeXMalaysia untuk info lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post