Genshin Impact secara rasmi telah mengesahkan dua watak baru iaitu Wanderer dan Faruzan untuk patch versi 3.3 yang akan datang. Mengikut jadual kemas kini HoYoverse, kemas kini baru akan tiba pada awal bulan Disember memandangkan patch 3.2 akan hadir seminggu awal daripada jadual biasa.

Terlalu banyak berita tentang dua watak baru Genshin Impact ini memandangkan mereka telah disebut sejak beberapa bulan lalu kerana leaks yang tersebar. Walaupun begitu, masih tiada maklumat rasmi tentang banner mana mereka akan diletakkan. Tapi apa yang boleh saya jamin ialah mereka akan muncul dan mempunyai dua banner berasingan.
Selepas berbulan-bulan spekulasi tentang watak baru ini, akaun Twitter rasmi Genshin Impact akhirnya mengesahkan bahawa Wanderer dan Faruzan akan menjadi sebagai watak yang boleh dimainkan. Wanderer atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Scaramouche, sudah pasti menjadi salah satu watak yang dinanti-nantikan oleh peminat Genshin. Watak Scaramouche boleh dikatakan sebagai watak yang penting untuk keseluruhan jalan cerita game ini.

Semenjak kemunculan pertamanya semasa acara khas Unreconciled Stars, pemain mula tertanya-tanya sama ada watak ini akan menjadi sebahagian watak yang boleh dimainkan. Ketika Arc Sumeru, dia didedahkan kepada pemain bahawa Scaramouche pada asalnya dirancang untuk menjadi Electro Archon. Tetapi selepas dilahirkan, Scaramouche telah mengalirkan air mata menyebabkan Ei menganggap dia terlalu lemah untuk peranan tersebut.
Ei telah mengunci kuasanya dan membiarkan Wanderer memilih jalannya sendiri, dia akhirnya menjadi sebahagian daripada organisasi Fatui yang terkenal di mana dia dikenali sebagai Scaramouche. Dia membuktikan dirinya kepada Cryo Archon, Tsaritsa dan berjaya menjadi salah satu daripada Eleven Fatui Harbingers.

Ketiadaan Scaramouche dalam trailer “A Winter Night’s Lazzo” telah menyebabkan ramai pemain meramalkan dengan tepat bahawa dia akan memainkan peranan penting dalam Arc Sumeru yang sedang berlangsung sekarang. Dia juga telah disahkan oleh HoYoverse sebagai salah satu bos mingguan baru. 9
Walau bagaimanapun, sebelum tergolong dalam senarai watak yang boleh dimainkan, Scaramouche juga mungkin akan berubah ke arah yang lebih baik selepas dikalahkan oleh Traveler. Walaupun sebelum ini Scaramouche dapat mengawal elemen Electro, splash art rasmi telah mengesahkan bahawa Wanderer akan dilengkapi dengan Vison Anemo.
Untuk Faruzan pula, walaupun telah disahkan bahawa dia akan tiba di patch 3.3, masih belum ada banyak maklumat tentangnya di Genshin Impact. Dia adalah salah seorang ahli Sumeru Akademiya yang hilang secara misteri dari wilayah Sumeru. HoYoverse mengesahkan bahawa Faruzan akan menggunakan elemen Anemo seperti Wanderer. Faruzan juga dikatakan mungkin memakai senjata anak panah.
Apa pendapat anda tentang Scaramouche menggunakan elemen Anemo, sesuai atau tidak? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Untuk membaca banyak lagi liputan menarik tentang Genshin Impact, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post