Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Evil Dead Rise akan tiba April 2023, pengarah janji filem “seram & brutal!”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 1, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Evil Dead Rise akan tiba April 2023, pengarah janji filem “seram & brutal!”
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena musim Halloween, Warner Bros. Pictures telah mengeluarkan imej pertama bagi filem seram terbaru dalam francais, Evil Dead Rise! Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Lee Cronin manakala pengasas francais Sam Raimi dan Bruce Campbell berperanan sebagai penerbit eksekutif dan Rob Tapert sebagai produser.

Berikut adalah gambar yang dimuat naik (melalui Twitter rasmi WB):

Walaupun diusik banyak kali oleh pelakon dan ahli krew produksi, ini adalah kali pertama kita dapat melihat visual jelas untuk filem Evil Dead Rise. Malangnya, maklumat khusus tentang filem tidak didedahkan di mana kita hanya tahu tentang plot dan latar belakang asas sahaja.

Menurut sinopsis:

“Dalam filem ke-5 Evil Dead, Beth melawat kakaknya Ellie, yang membesarkan tiga anak seorang diri di sebuah pangsapuri L.A. yang sempit.

Namun, pertemuan bahagia mereka terpaksa dipendekkan selepas penemuan sebuah buku misteri di dalam bangunan Ellie, yang membangkitkan syaitan jahat yang boleh merasuk badan manusia.

Ini memaksa Beth untuk bertahan hidup ketika dia berhadapan dengan kengerian paling dahsyat yang boleh dibayangkan.”

Bagi korang yang tidak tahu, filem Evil Dead ke-5 telah melalui pelbagai peringkat produksi selepas filem remake (2013) yang diarahkan oleh Fede Alvarez terbukti sangat popular di kalangan penonton dan menunjukkan bahawa francais boleh berjaya tanpa protagonis original, Ash Williams (Bruce Campbell).

Penulis/pengarah Lee Cronin dipilih sendiri oleh Raimi untuk Evil Dead Rise, yang karya sebelumnya termasuk filem pendek Ghost Train dan filem seram The Hole in the Ground (2019). Selepas menamatkan produksi, Cronin mendedahkan bahawa mereka telah menggunakan darah palsu sebanyak 6500 liter semasa sesi penggambaran, dan menjanjikan adegan dalam pasti akan “seram dan brutal”.

Pelakon Evil Dead Rise termasuk

  • Alyssa Sutherland sebagai Ellie
  • Lily Sullivan sebagai Beth
  • Gabrielle Echols sebagai Bridget
  • Mia Challis sebagai Jessica
  • Jayden Daniels sebagai Gabriel
  • Billy Reynolds-McCarthy sebagai Jake
  • Nell Fisher sebagai Kassie
  • Tai Wano sebagai Scott
  • Morgan Davies

Campbell tidak akan mengulangi peranannya sebagai Ash dalam filem ini.

Buat masa ini, Evil Dead Rise dijangka akan ditayangkan di pawagam global pada 23 April 2023. Malangnya, tarikh tayangan di Malaysia masih belum diumumkan.

Untuk membaca segala liputan kami tentang industri filem termasuk pengumuman terkini dan info baru, sila tekan pautan ini.

Tags: Evil Dead RisefilemSeram
Previous Post

Senarai filem hebat bakal tiba di GSC pada bulan November 2022!

Next Post

Ingatkan Electro rupanya Anemo, Genshin Impact dedah watak baru untuk 3.3!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Ingatkan Electro rupanya Anemo, Genshin Impact dedah watak baru untuk 3.3!

Ingatkan Electro rupanya Anemo, Genshin Impact dedah watak baru untuk 3.3!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd