Mesti ramai yang sudah tidak sabar untuk bermain game yang keluar sepanjang November 2022. Lebih-lebih lagi dengan entri terbaru daripada francais Pokémon dan juga sekuel kepada God of War. Terdapat juga game eksklusif konsol yang akhirnya tersedia di platform lain. Ingin tahu game hebat yang dimaksudkan? Jom tengok senarai game yang anda boleh mainkan sepanjang November 2022!
Harvestella [Steam, Switch] – November 4
Dalam dunia yang bersemangat dan berwarna-warni, pemain harus menjaga tanaman mereka, berkawan dengan penduduk bandar, mengatasi ancaman, menemui asal usul dunia dan kebenaran di sebalik bencana yang berlangsung di sepanjang jalan.
Kisah ini bermula apabila pemain bangun di tengah-tengah “Quietus,” malapetaka yang datang dengan setiap perubahan musim dan mengancam semua kehidupan.
Football Manager 2023 [PC] – November 8
Dalam Football Manager 2023, anda harus menjadi yang terbaik dengan memfokuskan pada aspek bola sepak yang paling penting—perpindahan, taktik dan hari perlawanan. Sama ada anda mengejar promosi, memenangi kejohanan atau mendominasi rakan anda secara dalam talian, main bola sepak mengikut cara anda.
Game ini membolehkan anda mengalami keseronokan menjadi pengurus bola sepak sebenar, seperti mengubah bakat muda menjadi pemain bertaraf dunia dan memenangi hadiah terbesar yang ditawarkan dalam sukan bola sepak.
Sonic Frontiers [PC, PS5, XSX, PS4, XBO, Switch] – November 8
Sonic memulakan perjalanan baru bersama rakannya, Amy dan Tails menuju ke Starfall Islands untuk mencari Chaos Emerald. Semasa mereka menghampiri pulau itu, tiba-tiba pesawat mereka bermasalah dan mereka telah disedut ke dalam portal dimensi. Sonic telah mendapati dirinya terpisah daripada rakannya dan terjaga di dalam dunia digital, Cyber Space.
Selepas dia berjaya melepaskan diri dari Cyber Space, dia telah tiba di Kronos Island, salah satu pulau Starfall Islands, yang penuh dengan runtuhan purba di mana musuh-musuh telah berkeliaran. Kini Sonic perlu meneroka Starfall Islands dan mencari rakannya semula sambil mendedahkan misteri di sekelilingnya.
God of War Ragnarök [PS5, PS4] – November 9
Kratos dan Atreus mesti pergi ke setiap Nine Realm untuk mencari jawapan ketika pasukan Asgardian bersedia untuk pertempuran yang diramal akan menamatkan dunia. Sepanjang perjalanan mereka akan meneroka landskap mitos yang menakjubkan dan menghadapi musuh yang menakutkan dalam bentuk tuhan dan raksasa Norse. Ancaman Ragnarök semakin hampir. Kratos dan Atreus mesti memilih antara keselamatan mereka sendiri dan keselamatan alam.
Call of Duty Warzone 2 [PC, PS5, XSX, PS4, XBO] – November 16

Sekuel kepada game Battle Royale terbesar, Call of Duty: Warzone 2.0 akan dilancarkan secara percuma kepada semua orang. Ia juga merupakan sebahagian daripada COD: Modern Warfare II Season 1. Terdapat pelbagai perkara baharu yang akan tersedia antaranya peta, inovasi, Gulag, DMZ dan banyak lagi.
Goat Simulator 3 [PC, PS5, XSX] – November 17
Goat Simulator 3 ialah game sandbox adventure third-person yang serba baharu di mana anda boleh menjadi KAMBING. Sama seperti Goat Simulator yang pertama, anda perlu menanduk, menjilat dan melompat tiga kali merentasi pulau gergasi San Angora – kali ini dengan semua kawasan, cabaran dan acara baharu untuk diterokai.
Tetapi apakah kehidupan sebagai kambing tanpa kawan untuk diterokai? Goat Simulator 3 akan membenarkan anda mengumpulkan sekumpulan kawan untuk memusnahkan dunia bersama-sama.
Marvel’s Spider-Man: Miles Morales [Steam, EGS] – November 18
Spider-Man: Miles Morales membawa anda dengan melihat Miles yang sedang menyesuaikan diri dengan rumah barunya di East Harlem sambil mengikut jejak mentornya Peter Parker. Apabila perebutan kuasa yang sengit telah mengancam rumah barunya, Miles sedar bahawa dengan kuasa hebat, tanggungjawab besar juga perlu dipikul. Dia mesti menjadi Spider-Man dan menyelamatkan New York.
Pokémon Scarlet and Violet [Switch] – November 18
Pokémon Scarlet dan Pokémon Violet ialah game open-world RPG pertama dalam siri Pokémon. Sambil anda menikmati kelebihan siri ini—bertemu, bekerjasama, bertarung, berlatih dan bertukar Pokémon—anda akan dapat melibatkan diri dalam pengembaraan yang baru.
The Dark Pictures Anthology: The Devil in Me [Steam, PS5, XSX, PS4, XBO] – November 18
Sekumpulan krew filem dokumentari menerima panggilan misteri yang menjemput mereka ke replika moden “Murder Castle”, sebuah hotel milik pembunuh bersiri H.H. Holmes. Demi mendapatkan perhatian orang ramai untuk melihat karya mereka, semua setuju bahawa ini adalah peluang yang terlalu baik untuk dilepaskan.
Tiba sahaja di hotel, mereka mendapati bahawa ia adalah set yang sesuai untuk episod baharu dokumentari, tetapi keadaan sebenar bukan seperti yang mereka sangkakan. Seluruh krew belajar bahawa mereka sedang diperhatikan dan dimanipulasi. Kini ada lebih banyak yang mereka perlu bimbang selain daripada perhatian penonton!
Evil West [Steam, PS5, XSX, PS4, XBO] – November 22
Ancaman gelap mengambil alih sempadan Amerika. Sebagai salah satu ejen terakhir dalam institut memburu vampire rahsia, anda adalah barisan akhir antara manusia dan keganasan yang berakar umbi yang kini muncul dari bayang-bayang. Bangkit untuk menjadi Superhero Wild West, hapuskan ancaman vampire dan selamatkan Amerika Syarikat!
Warhammer 40,000: Darktide [PC, XSX] – November 30
Tawan kembali bandar Tertium daripada gerombolan musuh yang dahagakan darah dalam penembak aksi yang sengit dan kejam ini. Warhammer 40,000: Darktide ialah game co-op baru daripada pasukan hebat Vermintide. Apabila Tertium tumbang, Reject akan bangkit semula.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Game mana yang anda tidak sabar untuk bermain yang keluar pada November 2022. Boleh kongsikan di ruangan komen. Untuk mendapatkan segala liputan menarik tentang game, boleh klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post