ForwardWorks mengumumkan yang informasi terbaru untuk Wild Arms: Million Memories akan ditayangkan semasa live stream pada 31 Ogos ini dan masanya adalah 21:00 JST. Kalau ikut waktu Malaysia, ianya pada hari yang sama, cuma awal sejam sahaja. Iaitu akan berlangsung pada pukul 8:00 PM. Dan, korang boleh melihat livestream tersebut di YouTube.
Pada mereka yang tak tahu, Wild Arms merupakan satu game yang sangat lama yang dikeluarkan zaman PlayStation 1 dahulu. Even, aku sendiri pon tak ingat umur aku masa main game Wild Arms ni. Ianya merupakan game Turned-Based RPG. Ianya merupakan satu game yang kembalikan kenangan aku pada waktu aku kecik dulu. tapi, secara overall, bagi aku, game Wild Arms ni, best. Oh, Wild Arms: Million Memories ni, untuk Phone tau.
Dikatakan yang Wild Arms: Million Memories ni merupakan satu game yang baru di dalam siri game Wild Arms itu sendiri yang di develop oleh Wright Flyer Studios. Ianya bertempatkan di Wild West dan mempunyai element fantasi, seperti yang kita lihat sebelum ini, oleh designer game asal Akifumi Kaneko. Karekter dia juga, mempunyai karekter yang sama seperti Wild Arms zaman PlayStation 1 dulu. Tetapi, yang membuatkan aku rasa sangat sedih, ianya akan dilancarkan di Jepun pada tahun 2018 ini.
Walaupun diri aku diselubungi dengan kesedihan, tetapi, hati kecil aku, terdetik akan satu harapan di mana, satu masa nanti, game ini akan dilancarkan secara global, dan mengharapkan ianya akan dilancarkan secepat mungkin! Hurm, aku ada perasan satu pattern, di mana, developer sekarang mencuba melakukan game-game lama, di bawa masuk ke mobile. Haritu, kita tengok berita tentang Arc The lad pulak~ Kepada mereka yang tak tahu, korang boleh layan video opening Wild Arms dulu di bawah, ianya sangat mengimbau kenangan silam:
@gamersantaimy
Discussion about this post