Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Info Perlu Tahu Tentang Acara Kolaborasi Yu-Gi-Oh & eFootball!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 7, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Kad Strategi, Kolaborasi, Mobile, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Info Perlu Tahu Tentang Acara Kolaborasi Yu-Gi-Oh & eFootball!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Tokyo Game Show 2025, KONAMI telah mengumumkan satu kolaborasi utama antara dua francais utamanya, iaitu Yu-Gi-Oh Card Game dan siri eFootball.

Acara istimewa untuk tempoh terhad ini akan menampilkan kempen unik di pelbagai judul permainan, yang membolehkan pemain memperoleh ganjaran eksklusif dalam Yu-Gi-Oh TRADING CARD GAME, Yu-Gi-Oh MASTER DUEL, Yu-Gi-Oh DUEL LINKS, eFootball, dan eFootball CHAMPION SQUADS.

Sejak 25 September hingga 23 Oktober, pemain yang log masuk ke eFootball dan eFootball CHAMPION SQUADS akan menerima kad eksklusif kolaborasi yang menampilkan Neymar Jr. bersama raksasa legenda Yu-Gi-Oh Card Game, iaitu Dark Magician.

Selain itu, pemain juga boleh mendapatkan lebih banyak kad eksklusif dalam game dengan meneruskan kemajuan dalam acara dan menyelesaikan objektif.

Ganjaran ini termasuk kad yang menampilkan lima ahli pasukan kebangsaan Perancis, setiap satu dipadankan dengan raksasa ikonik seperti Blue-Eyes White Dragon dan Red-Eyes Black Dragon.

Kolaborasi ini turut diperluaskan ke dunia Dueling. Bermula sejak 27 September, para Duelist dalam Yu-Gi-Oh TRADING CARD GAME boleh menerima kad fizikal istimewa, termasuk kad Token Neymar Jr. dan kad Rescue Rabbit edisi eFootball. KONAMI memaklumkan bahawa pengedaran kad eksklusif ini akan berakhir apabila bekalan telah habis.

Para Duelist digital juga bakal meraih ganjaran hebat melalui acara bertemakan bola sepak. Dalam Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL, satu acara istimewa berlangsung dari 6 Oktober hingga 7 November. Acara yang serupa diadakan dalam Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS dari 6 Oktober hingga 4 November.

Dengan menyertai acara-acara dalam game ini, pemain boleh memperoleh kad kolaborasi dan item-item lain, termasuk Icon, Wallpaper, dan Protector/Card Sleeve eksklusif, di samping memperoleh Gem.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara kolaborasi dan ganjaran yang ditawarkan, sila layari laman rasmi.

Tags: EfootballYu-Gi-Oh
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA & Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Umum Kerjasama Menampilkan Sonic the Hedgehog

Next Post

[TGS25] Previu Fate Trigger – Hero Shooter Battle Royale Yang Cukup Berpotensi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
[TGS25] Previu Fate Trigger – Hero Shooter Battle Royale Yang Cukup Berpotensi

[TGS25] Previu Fate Trigger - Hero Shooter Battle Royale Yang Cukup Berpotensi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd