China semakin terkenal dalam dunia permainan video, dan antara projek yang paling mengagumkan adalah Black Myth: Wukong, sebuah action-adventure hebat yang diilhamkan oleh mitos klasik Journey to the West.
Black Myth: Wukong pertama kali terkenal setelah kemunculan gameplay trailer. Sejak itu, iamenerima sambutan yang meriah di internet. Maklumat mengenai permainan masih sedikit tetapi sekiranya anda ingin mengetahui apa yang yang didedahkan, kami telah mengumpulkan semua maklumat terkini. Berikut adalah ringkasan jalan cerita:
Latar belakang
Kisah Black Myth: Wukong ialah berdasarkan mitologi klasik Journey to the West yang menceritakan pengembaraan seorang sami Buddha ke wilayah barat Asia. Novel cina ini ditulis oleh Wu Cheng’en dan diterbitkan pada abad ke-16 semasa Dinasti Ming. Ia kemudian telah diadaptasi kepada beberapa permainan video dan bahkan dijadikan asas untuk francais popular Dragon Ball.
Tertumpu kepada pengembaraan Sun Wukong, tindakan nakalnya untuk pergi ke syurga dan sering menimbulkan masalah telah membuat Buddha menghukumnya. Sun Wukong diperangkap di gunung selama 500 tahun tetapi dibebaskan setelah berjanji untuk membantu seorang sami Buddha pergi dari China ke India untuk mendapatkan buku suci Buddha. Dalam perjalanan, mereka terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan musuh.
Pemaju Game Science Studio mengambil mitos ini, dan menggunakan elemen mistik untuk mewujudkan dunia menarik bagi pemain terokai. Masih tidak diketahui jika permainan akan mengikuti jalan cerita asal tetapi trailer menunjukkan perubahan beberapa aspek penting. Jom dengar penjelasan saya!
Huraian trailer
Dalam adegan pertama dalam trailer, kami mendengar seorang lelaki tua bercerita tentang tiga kisah Wukong yang berbeza. Variasi pertama menyebutkan bahawa Wukong berjaya menolong Tang Seng (sami tersebut) mengambil kitab suci Buddha lalu menjadi “Victorious Fighting Buddha“.
Variasi lain menyatakan bahawa Wukong tidak dikurniakan Kebuddhaan dan sebenarnya mati semasa perjalanan ke Barat. Versi terakhir mengatakan bahawa tidak ada perjalanan ke Barat dan dia hanyalah rekaan semata-mata.
Kami kemudian melihat si tukang cerita yang mempunyai ciri-ciri seekor monyet. Dia memberitahu penonton bahawa kisah dia bakal ceritakan ini sama sekali berbeza dengan tiga variasi yang disebutkan. Adakah orang tua ini sebenarnya Wukong yang ingin menceritakan kisahnya semula? Itu masih tidak diketahui.
Adengan seterusnya melihat seekor cengkerik yang terbang di sekitar hutan sambil memerhatikan iblis-iblis yang merayau. Cengkerik ini sebenarnya adalah salah satu kuasa transformasi Wukong. Disahkan oleh pemaju sendiri, Black Myth: Wukong mempunyai 72 kebolehan atau agiliti untuk digunakan dan ini hanya salah satu. Dalam novel, Wukong memiliki kebolehan transformasi untuk berubah kepada pelbagai bentuk dan menunjukkan bahawa kebolehan transformasi memainkan peranan yang besar semasa bergerak di daripada lokasi ke lokasi.
Kami kemudian dibawa ke mekanik pertempuran. Dari apa yang saya lihat, sistem pertempuran mengingatkan kita pada permainan Sekiro atau Bloodborne, dan menunjukkan beberapa aksi yang dapat dilakukan Wukong seperti Dodge Rolling dan Parry.
Selain daripada melemparkan tongkatnya seperti bumerang, Wukong juga memiliki kebolehan untuk menangkis projektil musuh. Semua kebolehan ini nampaknya mempunyai cooldown sendiri supaya pemain tidak dapat spam mekanik permainan.
Semasa pertarungan dengan iblis, Wukong juga mempunyai kebolehan lain seperti mendirikan pelindung yang dapat menghalang serangan musuh dan kebolehan melompat ke udara bagi mengelakkan serangan. Objek-objek di sekitar peta juga dapat dipecahkan. Setelah mengalahkan “bos mini” (tanggapan awal) Wukong dapat mengambil senjata/artifak mereka yang bakal memainkan peranan lagi penting. Ini dilihat kemudian dalam trailer permainan.
Adegan bertukar sekali lagi. Wukong melarikan diri daripada musuh dengan kemahiran transformasi, dan kemudian disambut oleh Dewa Bumi (土地公) yang membantunya dalam pengembaraan. Pertempuran seterusnya pun bermula dengan Wukong yang dikeliling musuh. Dia menunjukkan kebolehan lain yang membolehkannya berubah menjadi versi yang lebih besar. Ini rujukan legenda di mana dia dapat berubah kepada versi gergasi yang menakutkan.
Akhirnya, kita perkenalkan kepada musuh bos (serigala). Sepanjang pertarungan, peminat pasti teruja melihat salah satu kebolehan khas Wukong ala-ala Naruto. Dengan mengambil helaian rambut lalu meniupnya, Wukong boleh menghasilkan beberapa salinan dirinya (rujukan kepada mitos asal).
Di sini, artifak yang diambil akan memainkan peranan besar. Dalam pertarungan bos, Wukong mampu mengubah dirinya menjadi “bos mini” yang dikalahkan sebentar tadi serta mewarisi agilitinya. Ini juga rujukan kepada mitos asal di mana dia dapat mengambil bentuk berbeza untuk menipu orang, tetapi digunakan sebagai mekanik penting dalam permainan agar Wukong boleh menggunakan kebolehan musuh yang dia kalahkan.
Apabila Wukong hendak menamatkan bos, dia dihentikan oleh Wukong asal yang menggunakan tingkat sakti sebenar. Ini dibuktikan dengan tulisan rúyì jīngū bàng (如意 金箍棒) di atas tongkat. Sesuatu plot twist yang agak hebat kerana ramai memikirkan bahawa kita sedang mengawal Wukong sebenar sehingga saat itu.
Selepas adengan ini, trailer kemudian beralih kepada babak-babak lain dalam permainan:
- Wukong menggenggam kepalanya dalam kesakitan. Dia dipaksa untuk memakai cekak rambut sakit yang akan menyebabkan dia sakit kepala yang melampau. Cekak ini diberikan oleh Guan Yin untuk mengawal Wukong supaya dia tidak menyebabkan apa-apa masalah.
- Wukong sedang berhadapan dengan Lei Shen versi permainan yang merupakan Dewa Petir. Lei Shen asli sebenarnya mempunyai sayap dan mempunyai bentuk antara manusia dengan ciri-ciri burung.
- Belum disahkan lagi, tetapi adegan ini menunjukkan Wukong berhadapan dengan Four Heavenly Kings (四大 天王) yang merupakan empat Dewa Buddha yang masing-masing menggunakan senjata berbeza.
- Dalam legenda, Wukong telah menyerang syurga, dan mengalahkan setiap dewa dengan seorang diri. Selain itu, permainan ini tidak menunjukkan betapa kuatnya Ruyi Jingu Bang (tongkat sakti) dan kita hanya dapat melihat bagaimana ia mengubah saiz.
Oleh kerana permainan masih dalam pembangunan, tidak ada tarikh pelancaran rasmi untuk Black Myth: Wukong tetapi para pemaju telah memberikan sedikit maklumat.
“Walaupun kita tidak memerlukan 500 tahun untuk menyelesaikannya, kita akan mengumumkannya hanya apabila kita merasa puas sebagai pemain. Tetapi kami juga akan mempertimbangkan nisbah prestasi dan kos, serta kesan marginal. Lagipun, lebih banyak rancangan dalam siri Black Myth sedang dalam perancangan serius (dalam cita-citakami).” -Game Science Studio.
Game Science Studio tidak begitu spesifik mengenai platform apa yang akan dilancarkan untuk Black Myth: Wukong tetapi mengesahkan bahawa ia akan datang ke PC dan konsol. Oleh kerana ia tidak akan dikeluarkan dalam masa terdekat, ia mungkin dalam pembangunan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X.
Itu sahaja untuk huraian ini. Apa-apa info baru akan terus saya laporkan nanti! Untuk segala liputan tentang Black Myth: Wukong, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post