Hari ini, Infinix telah memperkenalkan telefon pintar dual-chip flagship, Infinix GT 20 Pro di Malaysia yang dijual pada harga RM1,299. Sebagai gaming phone rasmi MAL MY Musim 2, ia pasti menarik perhatian para gamer sekalian kerana menjanjikan pengalaman gaming peringkat esports untuk semua orang pada harga murah mampu milik.
Berikut adalah butiran peranti:
Infinix GT 20 Pro mempunyai Dimensity 8200 Ultimate sebagai cipset, yang dipasangkan dengan RAM 8GB/12GB LPDDR5X dan storan UFS 3.1 sebanyak 256GB . Ia menjalankan XOS 14, di mana Infinix menjanjikan dua upgrade Android dan kemas kini sekuriti selama tiga tahun untuk telefon pintar tersebut.
Infinix GT 20 Pro juga mempunyai cip paparan gaming khusus Pixelworks X5 Turbo, lantas menjadikannya telefon pintar dual-chip pertama untuk jenama itu. Cip ini menggunakan Motion Estimation dan Motion Compensation (MEMC) untuk meningkatkan frame rate daripada 60 FPS kepada sehingga 120 FPS bagi pengalaman gaming yang lancar serta meningkatkan kualiti gambar.
Selain itu, Infinix GT 20 Pro menggunakan frame-rate engine stabil untuk memberikan frame-rate stabil semasa gaming. Menurut Infinix, telefon pintar itu boleh mencapai frame rate asli sehingga 120 FPS dalam keadaan “ultra-stable operation” selama satu jam.
Kajian menunjukkan bahawa Free Fire, Call Of Duty (COD), dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) boleh mencapai sehingga 90 FPS, manakala Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Genshin Impact, dan Honkai: Star Rail boleh mencapai sehingga 120 FPS. Infinix GT 20 Pro juga dilengkapi dengan Esports Mode yang direka untuk senario esport profesional.
Untuk memastikan telefon kekal sejuk, terdapat sistem VC liquid cooling yang 73% lebih besar (berbanding dengan gen sebelumnya), manakala kawasan sumber haba utama kini mempunyai lebih daripada 66% konduksi terma. GT 20 Pro juga menampilkan helaian Phase Change Material (PCM) yang 68% lebih besar.
Sebagai telefon pintar gaming, Infinix GT 20 Pro turut menampilkan reka bentuk untuk menarik minat para gamer. Ia didatangkan dengan Cyber Mecha Design dengan corak bilah turbin, yang memfokuskan pada tema Logam, Kuasa dan Kelajuan.
Ia juga mempunyai antaramuka Mecha Loop LED, yang bermakna panel belakang telefon akan memaparkan LED RGB yang menyokong lapan kombinasi warna dan empat kesan pencahayaan. Kesan pencahayaan ini boleh menyokong beberapa fungsi: PUBG untuk menyasar, menembak dan memandu; dan Free Fire untuk menyasar dan pertempuran sengit (disokong di semua wilayah).
Kesan pencahayaan juga boleh diubah suai untuk panggilan, notifikasi, pengecasan dan muzik. Di samping itu, GT 20 Pro mempunyai motor getaran linear paksi X untuk maklum balas haptik yang dipertingkatkan.
Bukan sekadar untuk gaming, Infinix GT 20 Pro juga menyerlah di aspek-aspek lain . Telefon ini memiliki paparan 6.78″ 144Hz FullHD+ LTPS AMOLED dengan kecerahan maksimum 1,300 nits dan kamera swafoto 32MP. Di bahagian belakang, ia mempunyai kamera utama 108MP (Samsung HM6 dengan OIS), digabungkan oleh dua unit 2MP.
Menghidupkan keseluruhan peranti ini ialah bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan 45W. Sorotan lain termasuk sambungan 5G, USB-C, NFC dan pembaca cap jari dalam skrin. Telefon pintar ini juga mempunyai dwi pembesar suara yang ditala oleh JBL dan menyokong DTS dan Audio Hi-Res.
Smartphone Gaming Rasmi untuk Mobile Legends: Bang Bang Academy League (MAL MY)
Memandangkan MAL MY Musim 1 bermula pada 18 Mac, 2024, dengan Infinix GT 10 Pro sebagai Official Gaming Smartphone, Infinix berdedikasi untuk menyediakan pemain muda dengan alatan yang diperlukan dan memberikan pengalaman gaming yang tiada tandingan untuk semua.
Memberi tumpuan kepada memperkasakan bakat yang semakin meningkat dan menyokong perjalanan esport mereka, Infinix GT 20 Pro baharu kini memegang gelaran Official Gaming Smartphone untuk MAL MY Musim 2.
Harga dan Ketersediaan
Infinix GT 20 Pro tersedia di pasaran Malaysia mulai 2 Mei pada nilai harga RM1,299, dan datang dalam warna Mecha Blue, Mecha Orange dan Mecha Silver, dengan konfigurasi memori 12+256GB.
Buat masa ini, Infinix GT 20 Pro boleh didapati secara eksklusif di TikTok Shop bermula sekarang hingga 16 Mei 2024. Mereka yang membeli GT 20 Pro dalam tempoh ini akan menerima GT Pro Gaming Kit percuma, yang termasuk GT Mecha Case, GT Cooling Fan, dan GT Finger Sleeves – semuanya bernilai RM89, sementara stok masih ada.
Selepas 16 Mei 2024, peranti akan turut dijual di Shopee, Lazada serta pengedar sah Infinix.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post