Hari ini, PlayStation Asia telah mendedahkan game bulanan percuma untuk PS Plus bagi Mei 2024. Tawaran kali ini adalah Destiny 2: Lightfall, EA Sports FC 24, Ghostrunner II, dan Tunic – yang bakal tersedia untuk ahli PS Plus pada hari Selasa, 7 Mei hingga 3 Jun 2024.
Destiny 2: Lightfall (PS5, PS4)
Expansion Destiny 2 ini membawa para Guardian ke Neptune untuk menemui metropolis neon. Temui Cloud Striders, sertai perjuangan menentang Shadow Legion, dan cegah kemusnahan di bandar rahsia Neomuna.
Lengkapi diri dengan ganjaran baharu dan buka kuasa Dark baharu dengan subkelas Strand. Setiap kelas boleh memanfaatkan elemen baharu ini, tetapi terpulang kepada anda untuk mencipta build yang sempurna.
Destiny 2 diperlukan untuk memainkan Destiny 2: Lightfall. Destiny 2 tersedia untuk dimuat turun tanpa kos tambahan di PlayStation Store.
EA Sports FC 24 Standard Edition (PS5, PS4) – Tersedia sehingga 17 Jun
EA Sports FC 24 menandakan permulaan kepada masa depan bola sepak. Dibina berdasarkan inovasi dan ketulenan, ini ialah pengalaman bola sepak paling tulen bersama pemain terbaik dari kelab, liga dan kejohanan terbesar di seluruh dunia.
Alami realisme dalam setiap perlawanan kerana tiga teknologi: HyperMotionV, PlayStyles yang dioptimumkan oleh Opta dan Frostbite Engine yang dipertingkatkan. Dengan lebih 19,000 pemain berlesen, 700 pasukan dan 30 liga termasuk Liga Juara-Juara UEFA lelaki dan wanita, EA Sports FC 24 membawakan keaslian tiada tandingan ke padang.
Ghostrunner II (PS5)
Harungi masa depan cyberpunk pasca-apokaliptik dalam game first-person mengasyikkan ini, bersama aksi pantas yang dipertingkatkan berbanding game pertama.
Seperti sebelum ini, ini adalah senario one-hit kill: bertarung melalui musuh tanpa menerima kecederaan. Tetapi dalam sekuel ini, terdapat banyak peningkatan pada pertempuran, level bukan linear dengan aspek motosikal yang kompleks dan mode baharu yang menarik.
Kemahiran baharu membolehkan anda menjadi lebih kreatif semasa menghadapi musuh… namun, musuh akan berkelakuan unik bergantung pada kemahiran yang digunakan pada mereka, lantas memberikan cabaran baharu pada setiap pertarungan.
Tunic (PS5, PS4)
Terokai dunia bahaya yang dipenuhi oleh hutan luas, runtuhan kuno dan labirin gelap dalam game pengembaraan isometrik ini.
Temui khazanah tersembunyi dan teknik rahsia untuk membantu anda dalam perjalanan. Bertembung dengan binatang besar dan musuh yang lebih kecil jauh di bawah bumi, tinggi di atas awan dan di tempat yang tidak dikenali. Semua akan menguji pengetahuan anda tentang pertempuran teknikal ketika anda mengelak, menyekat, menangkis dan menyerang untuk mengalahkan mereka.
Kumpulkan halaman manual yang hilang, yang penuh dengan petunjuk dan ilustrasi original yang berwarna.
Untuk membaca segala liputan kami tentang PS Plus, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post