Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Manga Bleach Mungkin Kembali Ke Shonen Jump Untuk ‘Hell Arc’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Khabar angin, Manga
0 0
0
[Khabar Angin] Manga Bleach Mungkin Kembali Ke Shonen Jump Untuk ‘Hell Arc’
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin serta maklumat yang tersebar sejak minggu lalu melaporkan bahawa manga Bleach karya Tite Kubo mungkin akan kembali ke majalah Weekly Shonen Jump tidak lama lagi dengan adaptasi ‘Hell Arc.’ Walaupun penerbit Shueisha masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi, ura-ura ini mungkin betul kerana dilaporkan oleh pelbagai sumber yang boleh dipercayai.

According to multiple leaks, BLEACH by Tite Kubo will be returning to Weekly Shonen Jump with a 'Hell Arc' serialization.

SAKAMOTO DAYS by Yuto Suzuki will be ending in the upcoming weeks, freeing a slot in the magazine for this new BLEACH series. pic.twitter.com/fJ6Ort7qD4

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) June 20, 2026

Asal-Usul ‘Hell Arc’

Bagi mereka yang kurang tahu, ‘Hell Arc’ merupakan kesinambungan kepada kisah asal yang diacah oleh Kubo pada Ogos 2021. Untuk meraikan ulang tahun ke-20 manga tersebut, beliau telah melancarkan one-shot istimewa sepanjang 73 halaman bertajuk Bleach: No Breaths From Hell.

Berlatarkan 12 tahun selepas pengakhiran Thousand-Year Blood War, bab khas ini memperkenalkan Kurosaki Ichigo yang sudah dewasa bersama anak lelakinya, Kazui. Bab ini mendedahkan satu rahsia gelap tentang Soul Society: apabila para Kapten meninggal dunia, ‘spiritual pressure’ mereka terlalu padat/besar untuk membolehkan mereka dilahirkan semula. Sebaliknya, roh mereka dihantar ke ‘underworld’. Kisah one-shot ini berakhir dengan cliffhanger, apabila bekas rakan seperjuangan yang telah terkorban nampaknya bangkit sebagai penjaga neraka.

Namun, sejak bab itu dikeluarkan, tiada sebarang berita lanjut… sehinggalah sekarang.

Bagi membolehkan Bleach kembali ke Weekly Shonen Jump, ruang kosong perlu ada dalam senarai mingguan. Khabar angin mendakwa Sakamoto Days karya Yuto Suzuki akan berakhir dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, lantas mengosongkan slot mingguan yang dijangka bakal diisi oleh Bleach.

Bagi tempoh tarikh terbitan, bulan Ogos nampaknya menjadi tekaan orang ramai. Ogos 2026 bukan sahaja menandakan genap 10 tahun sejak manga asal Bleach melabuhkan tirai pada Ogos 2016, malah merupakan ulang tahun ke-25 sejak bab pertama diterbitkan pada tahun 2001.

Khabar angin tentang sambungan manga juga semakin hangat selepas tayangan awal Bleach: Thousand-Year Blood War – The Calamity (bahagian keempat dan terakhir adaptasi anime).

Khususnya, sebauh acara tayangan awal bagi tiga episod pertama telah diadakan di Jepun pada hujung minggu lalu (20–21 Jun). Penonton yang hadir telah menerima cenderahati berupa lakaran eksklusif watak Kurosaki Kazui yang dilukis sendiri oleh Tite Kubo. Kazui sebelum ini hanya membuat kemunculan kecil dalam bab-bab akhir manga asal. Jadi lakaran anak Ichigo membuatkan ramai percaya bahawa Kubo sedang ‘memanaskan tangan’ untuk adaptasi Hell Arc bagi manga.

Walaupun ada macam-macam petunjuk, anda harus ingat bahawa maklumat ini masih belum disahkan secara rasmi. Selagi pihak Weekly Shonen Jump atau Tite Kubo sendiri tidak mengeluarkan kenyataan rasmi, semua ini hanyalah khabar angin dan bukannya satu kepastian.

Tags: bleachmanga
ShareTweetSend
Previous Post

Jom Kenali Olivia Lin – Teman Desktop AI Baru Hasil miHoYo

Next Post

Reviu Final Fantasy VII Rebirth (Nintendo Switch 2) – Keajaiban Teknikal Dengan Sedikit Kompromi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Reviu Final Fantasy VII Rebirth (Nintendo Switch 2) – Keajaiban Teknikal Dengan Sedikit Kompromi

Reviu Final Fantasy VII Rebirth (Nintendo Switch 2) - Keajaiban Teknikal Dengan Sedikit Kompromi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd