Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Kenali Olivia Lin – Teman Desktop AI Baru Hasil miHoYo

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2026
in Aplikasi, Artikel, Berita, PC, Steam, Teknologi
0 0
0
Jom Kenali Olivia Lin – Teman Desktop AI Baru Hasil miHoYo
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lepas, miHoYo senyap-senyap telah melancarkan halaman Steam untuk sebuah projek eksperimen baharu bertajuk BSide: Olivia Lin. Tidak seperti game RPG lain seperti Genshin Impact, Honkai: Star Rail, atau Zenless Zone Zero, projek kali ini dikategorikan sebagai aplikasi PC dan direka sebagai peneman desktop yang menggabungkan ciri penghasilan muzik, rekaan watak 3D, dan elemen interaktif berasaskan AI.

Projek ini dibangunkan oleh Shanghai miHoYo Daohai Sangtian Technology Co., Ltd., sebuah anak syarikat milik penuh miHoYo yang ditubuhkan pada September 2025.

Siapakah Olivia Lin?

Aplikasi ini berpusat pada watak Lin Li (juga dikenali sebagai Olivia Lin), seorang pelajar kolej fiksyen dari Shanghai yang mengambil jurusan dalam bidang piano dan pengajian sampingan dalam psikologi. Menurut latar belakang wataknya, Olivia sangat meminati muzik piring hitam, filem klasik, dan hari hujan, selain sedang menjalankan kajian peribadi tentang kaitan antara muzik dan memori manusia.

Sebenarnya, watak ini bukanlah sesuatu yang baharu bagi netizen di China. miHoYo telah menguji konsep Olivia secara senyap sejak akhir Ogos 2025 menerusi Bilibili rasminya, “林离Olivia.” Di platform tersebut, dia sering memuat naik video persembahan piano serta klip interaktif membaca dan membalas surat daripada peminat. Kehadiran aplikasi di Steam dilihat sebagai langkah rasmi miHoYo untuk mengkomersialkan projek ini yang sudah setahun dibangunkan.

Secara amnya, BSide: Olivia Lin menawarkan tiga ciri utama:

  • Penghasilan Video Daripada MIDI: Selain mendengar alunan piano sedia ada daripada Olivia, pengguna boleh memuat naik fail MIDI mereka sendiri ke dalam aplikasi. Aplikasi ini kemudian akan menjana video muzik secara automatik, menampilkan model 3D Olivia yang memainkan lagu tersebut dengan pergerakan jari yang selari pada papan kekunci piano
  • Sistem Surat Santai: Berbeza dengan chatbot AI biasa yang membalas mesej dengan pantas, aplikasi ini menggunakan mekanik penulisan surat tradisional. Pengguna boleh meluahkan perasaan atau menceritakan kisah seharian mereka menggunakan surat digital, dan Olivia akan ‘membaca’ serta membalasnya semula.
  • Mod Teman Desktop: Aplikasi ini turut dilengkapi fungsi dynamic wallpaper, membolehkan Olivia ‘hidup’ di latar belakang skrin komputer anda. Melalui ciri ini, dia boleh memainkan muzik secara terus tanpa memerlukan pengguna membuka aplikasi.

Buat masa ini, aplikasi ini disasarkan untuk pengguna di China. Sokongan bahasa buat masa sekarang hanyalah bahasa Simplified Chinese untuk paparan antaramuka, suara latar, serta sarikata. Malah, halaman Steam aplikasi ini juga dilaporkan hanya boleh diakses di beberapa rantau terpilih sahaja.

Apabila dilancarkan nanti, ia akan ditawarkan sebagai aplikasi free-to-play yang boleh dihubungkan terus dengan akaun miHoYo sedia ada. Sama ada miHoYo akan mengeluarkan aplikasi ini untuk pasaran global, ini masih menjadi teka-teki.

Tags: AIBSide: Olivia LinPCsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Terlalu Seram? Game ‘OD’ Dari Hideo Kojima Bakal Ada Mekanik Khas Supaya Pemain Tak ‘Rage-Quit’

Next Post

[Khabar Angin] Manga Bleach Mungkin Kembali Ke Shonen Jump Untuk ‘Hell Arc’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun
Berita

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

August 18, 2026
Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation
Berita

Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation

August 18, 2026
Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental
Berita

Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental

August 18, 2026
Next Post
[Khabar Angin] Manga Bleach Mungkin Kembali Ke Shonen Jump Untuk ‘Hell Arc’

[Khabar Angin] Manga Bleach Mungkin Kembali Ke Shonen Jump Untuk 'Hell Arc'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd