Terkini, PUBG MOBILE telah meningkatkan pengalaman gaming dengan menambahkan fitur 120 frames per second (FPS). Bersama Infinix GT 20 Pro yang baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini, peranti tersebut kini merupakan antara smartphone gaming terawal di dunia untuk menyokong PUBG MOBILE secara 120FPS.
Di sini, Infinix telah membentuk perkongsian dengan PUBG MOBILE dan kembali sebagai penaja “gaming phone” rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) dan wilayah Asia Tengah dan Asia Selatan (CSA).
Dengan sokongan Infinix GT 20 Pro untuk PUBG MOBILE secara 120FPS, telefon pintar ini boleh memaparkan 120 bingkai unik setiap saat, menghasilkan tahap perincian dan kelancaran yang tiada tandingan dalam mobile gaming. Gabungan refresh rate tinggi 144Hz di dalam peranti dan pemaparan 120FPS menghasilkan persekitaran mengasyikkan yang benar-benar membawa pemain ke dalam aksi.
Jumlah maklumat yang dibentangkan oleh 120FPS meningkatkan pengalaman visual keseluruhan, memastikan grafik yang lebih lancar, terutamanya dalam game yang menekankan gameplay interaktif.
Selain itu, Infinix GT 20 Pro mempunyai Dimensity 8200 Ultimate sebagai cipset, yang dipasangkan dengan RAM 8GB/12GB LPDDR5X dan storan UFS 3.1 sebanyak 256GB . Ia menjalankan XOS 14, di mana Infinix menjanjikan dua upgrade Android dan kemas kini sekuriti selama tiga tahun untuk telefon pintar tersebut.
Infinix GT 20 Pro juga mempunyai cip paparan gaming khusus Pixelworks X5 Turbo, lantas menjadikannya telefon pintar dual-chip pertama untuk jenama itu. Cip ini menggunakan Motion Estimation dan Motion Compensation (MEMC) untuk meningkatkan frame rate daripada 60 FPS kepada sehingga 120 FPS bagi pengalaman gaming yang lancar serta meningkatkan kualiti gambar.
Buat masa ini, Infinix GT 20 Pro boleh didapati secara eksklusif di TikTok Shop, Shopee, Lazada dan pengedar sah Infinix bermula sekarang.
Mereka yang membeli GT 20 Pro turut boleh menerima GT Pro Gaming Kit percuma, yang termasuk GT Mecha Case, GT Cooling Fan, dan GT Finger Sleeves – semuanya bernilai RM89, sementara stok masih ada.
@gamersantaimy
Discussion about this post