Infinity Strash: DRAGON QUEST The Adventure of Dai akan dilancarkan pada hujung bulan ini! Square Enix telah melepaskan trailer gameplay baharu yang memperkenal cara bermain mode main story, Temple of Recollection dan banyak lagi! Jom kita lihat satu per satu mode yang anda boleh mainkan dalam game!
Temple of Recollection
Dungeon ini akan dibuka sambil anda maju dengan Story Mode. Di sinilah segala raksasa dan perangkap tersembunyi berubah setiap kali anda mainkannya. Bukan setakat itu sahaja, ia juga menawarkan pertempuran yang mencabar untuk mereka yang inginkan sesuatu yang lebih sukar.
Setelah masuk ke dalam Dungeon ini, pemain akan bertemu dengan Keeper of Memories yang akan memberikan anda tugas sambil anda menerokanya. Setiap kali Dai masuk ke Temple of Recollection, difficulty akan bermula dengan level 1 dan pemain boleh membawa ahli parti. Bond Memories yang dikumpul akan boleh dibawa ke Story Mode.
Challenge Mode
Terakhir sekali adalah Challenge Mode yang tersedia setelah anda menamatkan Story Mode. Kalau anda ingin melawan musuh yang lebih kuat, inilah mode yang anda perlu mainkan! Anda boleh berjumpa dengan Six Legion Commander of the Dark Lord yang lebih kuat dan banyak lagi musuh lain!
Infinity Strash : Dragon Quest The Adventure of Dai bakal dikeluarkan pada 28 September 2023 untuk PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Baca segala liputan kami tentang siri Dragon Quest The Adventure of Dai di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post