Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Industri e-Sukan Malaysia diberi peruntukan sebanyak RM20 juta untuk berkembang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 29, 2021
in Artikel, Berita, Esports, Tempatan
0 0
0
Industri e-Sukan Malaysia diberi peruntukan sebanyak RM20 juta untuk berkembang
Share on FacebookShare on Twitter

Baru diumumkan sebentar tadi semasa siaran langsung Bajet 2022, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM20 juta untuk memajukan industri e-Sukan di Malaysia.

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui ucapan Bajet 2022 beliau di dewan rakyat, e-Sukan kini menjadi fenomena baharu dalam kalangan anak muda pada masa kini dan dilihat mempunyai prospek terbaik untuk pembangunan sukan negara yang termasuk rancangan untuk membina Pusat Kecemerlangan Sukan Dron.

Berikut adalah antara ucapan beliau tentang peruntukan RM20 juta bagi pembangunan e-Sukan Malaysia:

“Bagi merancakkan pertumbuhan e-Sukan, RM20 juta disediakan bagi pembangunan e-Sukan kebangsaan termasuk RM5 juta untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron,” katanya.

Seterusnya, Zafrul juga mengumumkan bahawa pengecualian cukai pendapatan akan diadakan ke atas hadiah wang kemenangan yang diperoleh dan meluahkan rasa gembira kerana terdapat atlet e-Sukan tempatan yang berjaya meraih pencapaian cemerlang di kejohanan antarabangsa di The International 2021 Dota 2.

“Kejayaan seperti ini bukti negara kita mempunyai bakat-bakat muda yang perlu disokong dan digilap. Bagi mengiktiraf pencapaian atlet e-Sukan kelahiran Malaysia yang mengharumkan nama negara seperti NothingToSay, xNova, Mushi dan Oli, kerajaan bercadang memberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang layak,” katanya.

Untuk mereka yang tidak tahun, NothingToSay atau nama sebenarnya Cheng Jin Xiang, telah mewakili pasukan PSG.LGD yang berpangkalan di China, dan berjaya menduduki tempat kedua di kejohanan The International 2021 Dota 2. Prestasi yang cemerlang ini bermakna lima pemain PSG.LGD akan membawa pulang sebanyak AS$5.2 juta (RM21.7 juta).

Saya amat gembira dengan pengumuman ini dan berharap agar industri e-Sukan Malaysia akan terus maju dan bersaing dengan negara-negara lain di seluruh dunia. Sudah terbukti bakat-bakat muda e-Sukan kita semakin hebat, mereka hanya perlukan satu platform yang lebih kukuh untuk serlahkan lagi bakat. Malaysia Boleh!

Tags: E-SukankerajaanMalaysia
Previous Post

Saiz fail Diablo Immortal di pelantar Android lebih dari 6GB!

Next Post

Arcane telah mendapat trailer terakhir oleh Netflix dan Riot Games!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Arcane telah mendapat trailer terakhir oleh Netflix dan Riot Games!

Arcane telah mendapat trailer terakhir oleh Netflix dan Riot Games!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd