Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hugh Jackman aka Wolverine rasmi sertai Deadpool 3, bakal keluar September 2024!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 28, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Hugh Jackman aka Wolverine rasmi sertai Deadpool 3, bakal keluar September 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon utama Deadpool, Ryan Reynolds, telah mengesahkan bahawa Hugh Jackman akan kembali sekali lagi dalam peranan Wolverine di filem Deadpool 3! Reynolds turut mendedahkan tarikh tayangan untuk filem tersebut dan nampaknya masih lama kita perlu menunggu kerana filem dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 6 September 2024.

Secara lebih khusus lagi, Reynolds memuat naik video di akaun media sosial untuk mendedahkan apa yang berlaku di sebalik produksi. Dalam video, Reynolds berkata bahawa penampilan pertama Deadpool dalam MCU perlu rasa “istimewa” dan harus “kekal tulen kepada watak” tetapi kerana itu, mereka menghadapi masalah kekeringan idea.

Tiba-tiba kita dapat melihat Jackman, yang berjalan santai di belakang Reynolds. Jackman ditanya sama ada dia mahu bermain Wolverine sekali lagi atau tidak, dan menjawab, “Yeah, sure Ryan.”

Maka, kita akhirnya dapat pengesahan rasmi bahawa filem Deadpool 3 akan menampilkan crossover bersama dua anti-hero iaitu Deadpool dan Wolverine.

Ini adalah kali pertama Jackman berlakon sebagai Wolverine semula sejak filem Logan yang ditayangkan pada 2017. Buat sesiapa yang sudah menonton Logan, korang pasti tahu bahawa Wolverine akhirnya mengorbankan dirinya di penamat. Jadi kemunculannya dalam Deadpool 3 agak mengelirukan.

Dalam filem sebelum, watak Wolverine pun bukanlah sebahagian daripada MCU, jadi adakah ini petanda para X-Men akan dikenalkan dalam MCU? Kita akan tahu lebih lanjut nanti.

Di samping itu, ini juga merupakan kali kedua Jackman dan Reynolds memainkan watak komik masing-masing dalam filem aksi langsung – kerana kerjasama pertama adalah dalam filem X-Men Origins: Wolverine pada tahun 2009.

Sekali lagi saya ingatkan, Deadpool 3 dijangka akan keluar pada 6 September 2024. Malangnya, tarikh tayangan rasmi di Malaysia masih belum diumumkan.

Tags: DeadpoolDeadpool 3filemMarvelwolverine
Previous Post

MSI lancarkan pelbagai produk dalam acara The Next Playground: Reframed!

Next Post

Overwatch 2 – 100 perlawanan untuk dapatkan semua hero original, Blizzard memperkenalkan sistem FTUE

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Overwatch 2 – 100 perlawanan untuk dapatkan semua hero original, Blizzard memperkenalkan sistem FTUE

Overwatch 2 - 100 perlawanan untuk dapatkan semua hero original, Blizzard memperkenalkan sistem FTUE

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd