Huawei yang mengumumkan pelancaran telefon pintar Huawei Y Max pada 2018. Pengilang menawarkan telefon Huawei Y Max dengan paparan 7.12 inci, chipset Qualcomm Snapdragon 660 MSM8976 Plus, 4 GB RAM dan 64 GB storan dalaman yang bagus. Tetapi itu adalah yang bahagian dasar yang kita tahu tentang Huawei Y Max, adakah Huawei Y Max Telefon Pintar yang bagus? Jom kita lihat ulusan dibawah.
Penampilan Produk
Beratnya Huawei Y Max adalah kira-kira 210gm dengan bateri, yang adalah purata berbanding kebanyakan telefon pintar dengan saiz yang sama. Dimensi telefon Huawei ini adalah purata (6.99 x 3.39 x 0.33 inci). Saiz skrin Y Max diukur secara menyerong, dari sudut ke sudut lain. Paparan 7.12 inci IPS Huawei Y Max dengan resolusi 1080 x 2244 px yang ada multitouch.
Spesifikasi Produk
- Device Type – Android 4G Smartphone
- CPU – Octa-core 4x 2.2 GHz Kryo 260, 4x 1.84 GHz Kryo 260
- Chipset – Qualcomm Snapdragon 660 MSM8976 Plus, 64-bit Processor
- GPU – Qualcomm Adreno 512
- Camera – Dual: 16 Megapixels + 2 Megapixel with Single-LED and AF Dual Rear Camera | 8 Megapixel Front camera
- Memory – RAM- 4GB | ROM 128GB External Memory Support Up to 256GB
- Display – Screen size 7.12 inches FHD+ IPS Display (2244 x 1080 Pixels), 19:9 Ratio
- Battery – Non-Removable 5,000 mAh Lithium-Polymer
- SIM – Dual SIM (Nano-SIM + Nano-SIM)
- Sensors – Proximity Sensor, Accelerometer, Compass, Ambient Light, Fingerprint, Gyroscope
- Color – Black, White, Brown
- Operating System – Android 8.1 Oreo with Emotion 8.2 UI
- I/O Interface – 1x Nano SIM Card Slot, 1x Nano SIM Card Slot, TF Card Slot, Micro USB, Headphone Jack.
- Dimensions – 86.2 mm x 177.58 mm x 8.49 mm
- Weight – 210 Grams (with Battery)
Prestasi Produk
Huawei Y Max dilengkapi dengan OS Android v8.1 (Oreo) di luar kotak, tetapi ia boleh dinaik taraf untuk OS seterusnya. Tetapi kita lihat dari segi saiznya terdahulu, Huawei Y Max yang besarnya 7.12 inci dan itu sememangnya sangat besar bagi sesiapa mahu main game dengan skrin yang besar, ataupun mahu melihat filem dalam telefon pintar dengan suara Dolby Atmos dipergunakan kat dalam Huawei Y Max tersebut. Kita lihat dari segi Kamera pula, Kamera Y Max dilengkapi dengan autofokus. Sistem optik autofokus (atau AF) menggunakan sensor, sistem kawalan dan kuat untuk memberi tumpuan kepada titik atau kawasan dipilih secara automatik atau manual. Sangat sedikit kamera Android datang tanpa autofokus. Tetapi kamera yang agak baik secara keseluruhan.
Ok, bagaimana penggunaan bateri pula? Ok, untuk penggunaan bateri pula, ianya sangat besar dengan bateri 5,000 mAh sudah tentu ianya menjadikan salah satu bateri yang besar dan kuat! Bateri 5000 mAh, bateri yang tidak boleh ditanggalkan memberikan telefon pintar cadangan bateri yang baik. Bateri litium polimer (Li-Po) adalah bateri yang boleh dicas semula, ianya nipis dan ringan. Tiada pengecasan berkala diperlukan dan pengecasan boleh dilakukan secara rawak. Bateri Y Max tidak boleh ditanggalkan tanpa “warranty”.
Pengalaman Permainan
Untuk pengalaman permainan pula, kami telah mencuba beberapa game seperti PUBG, Hearthstone, dan Cyber Hunter dalam tetapan penuh. Dengan bateri yang besar dan kuat, memang sukar nak buat bateri itu cepat habis, untuk pengetahuan semua, bateri memang lambat habis! Dan memang berfungsi memang bagus walaupun main selepas dalam 3 hingga 4 jam dalam tetapan yang tinggi, sudah semestinya telefon pintar itu semestinya akan menjadi panas jika main terlalu lama. Walaupun begitu, prestasi untuk permainan memang tidak mengecewakan bukan hanya kerana bateri yang kuat mahupun skrin yang besar, tetapi bunyi speaker Dolby Atmos yang kuat dan jelas juga memain peranan dalam ini. Ianya satu pengalaman yang baik.
Mencari Konklusi
Jadi, adakah Huawei Y Max satu telefon yang bagus untuk gaming? Ya, semestinya, tetapi kalau untuk kamera adalah agak sederhana. Kemudiannya bateri dan saiz telefon pintar itu adalah menjadi tumpuan yang terbesar dalam ulasan ini kerana ianya amat membantu dari segi permainan dan keselesaan untuk melihat dalam skrin itu lebih jelas dan nyata.
Huawei Y Max yang sudah dikeluar dan berada di Pasaran Malaysia, ianya amat sesuai yang mahukan keselesaan dan Skrin yang meluas. Semua orang boleh mendapat Huawei Y Max dengan harga RM1,299 website dan untuk maklumat lanjut, semua boleh melihat di mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post