Siapa sahaja tidak tahu Impulse Gaming, game store yang kini mempunyai sebanyak 5 cawangan di seluruh Malaysia! Nampaknya dalam berita terbaru yang dikongsikan di laman sosial Impulse Gaming menyatakan cawangan HQ di Johor Bharu, Plaza Mentari nampaknya akan berpindah lokasi berdekatan cawangan Pelangi, iaitu berdekatan simpang trafic light, Jalan Serampang, Taman Pelangi, Johor Bharu.
Kini HQ Impulse Gaming JB dalam perancangan teliti untuk pindahan, kerana risau dengan pelanggan yang order dan pre-order dari kedai. Jadi menurut mereka, mereka cuba untuk membuat perlepasan awal kepada pelanggan agar senang urusan perpindahan ini.
HQ Impulse Gaming di JB ini akan mula berpindah mulai September ini dimana HQ ini akan menjadi yang bangunan kedai gaming terbesar di Malaysia dengan 8000 sf serta 2tingkat! Bangunan 2 tingkat ini akan dipenuhi dengan pelbagai video games, aksesori, mainan, figurin, gunpla, trading card games dan banyak lagi.
Impulse Gaming turut mengongsikan beberapa kepingan gambar bangunan HQ yang kini dalam pengubahsuaian serta gambar 3D rupa betuk kedai!
Eh memang gempak lah! Jadi warga Johor, jangan lupa untuk ke HQ terbaru Impulse Gaming nanti! Serta Warga dari luar Johor, jangan lupa untuk singgah ke sana apabila dibuka nanti ok!
Sumber: FB Impulse Gaming JB
@gamersantaimy
Discussion about this post