Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay Black Myth: Wukong didedahkan! Game next-gen ala-ala Journey to the West!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 20, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, PC
0 0
0
Gameplay Black Myth: Wukong didedahkan! Game next-gen ala-ala Journey to the West!
Share on FacebookShare on Twitter

Semua orang sedang tertanya-tanya tentang game next-gen Sony dan Microsoft, tetapi kita terlepas satu game yang saya rasa kehebatannya saing-saing mereka semua. Black Myth: Wukong adalah namanya dan kalau saya ingin jelaskan secara ringkas, game ini adalah usaha sebuah studio daripada China untuk menghasilkan permainan video action-adventure yang diilhamkan oleh Dark Souls. Dengan ciri-ciri seperti seni mempertahankan diri cina, raksasa menakutkan dan ilmu mistik cina, ia boleh disamakan dengan konsep Journey to the West..

Di laman web rasmi Heishenshua, para pemaju mengatakan bahawa mereka menyasarkan PC dan “semua platform utama”, tetapi mereka juga ingin menghasilkan versi permainan yang dapat dimainkan di pelantar cloud streaming.

Anda dapat menonton gameplay kualiti 13 minit Black Myth: Wukong di atas. Kita dapat melihat gameplay yang diambil daripada game engine, UI, beberapa animasi yang luar biasa, dan persekitarannya yang terperinci. Bahagian yang saya paling suka ialah apabila pemain dapat berubah menjadi serangga terbang untuk mengelakkan musuh, yang bagi saya ialah fitur stealth yang sangat unik berbanding permainan lain.

Lebih banyak maklumat tentang studio dan Black Myth: Wukong boleh dilihat di laman web rasmi kerana mereka tidak mempunyai Facebook atau Twitter. Jika anda menggunakan WeChat, terdapat juga pautan ke profil awam mereka di halaman sosial tersebut.

Sejujurnya, tahap kualitinya sama hebat dengan mana-mana game PS5 atau Xbox Series X yang didedahkan. Sehingga lebih banyak maklumat diumumkan, itu sahaja yang saya tahu. Apa pendapat anda tentang game ini? Mari kongsi dengan saya di ruang komen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Myth: Wukongnext genPC
Previous Post

HQ IMPULSE GAMING akan menjadi Game Store Terbesar di Malaysia dibuka September ini!

Next Post

Season 5 sangat Hype! Temuramah Eksklusif Joseph Cecot & Amos Hodge dari Infinity Ward, Activision

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan

May 16, 2025
Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran
Berita

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

May 16, 2025
Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal
Konsert

Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal

May 16, 2025
Next Post
Season 5 sangat Hype! Temuramah Eksklusif Joseph Cecot & Amos Hodge dari Infinity Ward, Activision

Season 5 sangat Hype! Temuramah Eksklusif Joseph Cecot & Amos Hodge dari Infinity Ward, Activision

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd