Hotel Esport SEM9 merupakan hotel gaming pertama di Malaysia. Mereka menawarkan pengalaman hospitaliti yang tiada tandingan untuk gamer dan non-gamer. Ianya terletak di Senai, Johor dan menawarkan bilik mewah yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini termasuk PC setup dan PS5.
Bilik yang disediakan oleh mereka mempunyai high-end PC yang menggunakan NVIDIA RTX 3090 dan NVIDIA RTX 3060. Jika korang tidak berminat untuk bermain PC, mereka juga menyediakan bilik yang menyediakan next-gen konsol iaitu PlayStation 5.
Tidak lengkap jika high end PC sudah disediakan tetapi sambungan internet pula tiada kan. Anda jangan risau, mereka sudah semestinya menyediakan internet yang berkelajuan tinggi untuk anda menikmati pengalaman gaming pertama semasa bercuti di hotel.
Walaupun namanya Hotel Esport, mereka tetap menawarkan bilik klasik yang direka khas buat non-gamer. Namun, ianya sudah pasti tidak dilengkapi dengan high-end PC dan konsol untuk anda.
Temui tempat percutian revolusioner di tengah-tengah Johor Bahru dengan melangkah ke SEM9 Senai, di mana keselesaan bertemu dengan sukan. Anda akan temui sebuah hotel yang lain daripada yang lain di Malaysia, di mana hotel ini adalah gabungan antara gaming dan hospitaliti untuk mentakrifkan semula istilah “percutian”.
Manjakan diri anda dengan hotel bertema esport pertama di Malaysia, dibawakan kepada anda oleh SEM9. Kakitangan kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada tetamu kami. SEM9 Senai ingin memenuhi keperluan pemain dan bukan pemain. Kedua-dua bilik permainan dan bilik bukan permainan kami dilengkapi dengan bergaya dengan perabot dan kemudahan yang paling selesa untuk melengkapkan penginapan anda.
Menurut SEM9
Kepada yang tidak mengenali SEM9, ia adalah satu organisasi esport yang bersaing di peringkat tertinggi dalam pelbagai game dan acara. Memandangkan ianya sebuah organisasi dari Asia Tenggara, mereka mempunyai matlamat untuk memecahkan halangan bahasa di rantau yang pelbagai ini dan menyatukan peminat esport di bawah satu nama.
Hotel esport SEM9 boleh di tempah mulai hari ini dan akan dibuka kepada orang awam pada 1 Jun dengan menyediakan 122 bilik termasuk bilik untuk bukan pemain. Selain menempah bilik gaming pada satu hari, mereka juga menyediakan tempahan separuh hari untuk bilik gaming. Untuk separuh hari, harga bermula pada RM 115 manakala satu hari adalah RM220. Klik di sini untuk menempah.
@gamersantaimy
Discussion about this post