Baru tamat semalam, Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY atau singkatannya MPL MY S12 nampaknya mempunyai raja baru. Dalam perlawanan epik antara dua pasukan besar, HomeBois secara rasmi menjuarai MPL MY Season 12 selepas mengalahkan Team SMG malam tadi.

Bak kata pengumuman rasmi;
Pasukan Homebois berjaya mendapatkan slot tunggal yang berharga ke M5 selepas berjaya menundukkan Team SMG dengan skor 4-3! Walaupun mereka di asak sehingga skor 3-3, akan tetapi semangat dan dedikasi mereka untuk ke M5 membuahkan hasil apabila mereka berjaya mendominasi di perlawanan terakhir sekaligus kemenangan menjadi mereka!

Terdiri daripada Anip, Chibi, RaizeL, Warlord, Sepat, Feekz, Xorn , Pabz, Antagonist, Barbossa, Vins dan Saiful – ini merupakan kali pertama HomeBois digelar sebagai juara MPL MY sejak menyertai liga pada Season 7. Selain trofi, mereka juga membawa pulang USD $25,000. Untuk prestasinya yang cemerlang, roamer XORN dinamakan MVP untuk bahagian Playoffs.
Tidak lupa juga tentang Team SMG sebagai Naib Juara. Mereka memenangi USD $25,000 dan turut memperoleh slot dalam M5 Wild Card diikuti oleh Red Giants Esports yang membawa pulang USD $5,000.


Berikut adalah kedudukan rasmi bagi MPL MY Season 12:
- HomeBois
- Team SMG
- Red Giants Esports
- RSG Malaysia
- Team HAQ
- TODAK
- MPX NSEA
- Team Lunatix
- Team Secret
- RED Esports MY
Seperti saya kata tadi, HomeBois akan mewakili Malaysia dalam kejohanan M5 akan datang, yang bakal diadakan di Filipina pada bulan Disember ini. Sebelum ini, M1 dan M2 berlangsung di Kuala Lumpur; M3 berlangsung di Singapura; dan M4 berlangsung di Jakarta.
Secara am, M5 akan menampilkan pasukan terbaik dari Asia, Amerika Utara, Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Eropah dan Amerika Latin di mana masing-masing akan bersaing untuk memperoleh gelaran juara dan bahagian terbesar daripada prize pool total USD $900,000.
Dapatkan segala berita kami tentang e-sukan di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post