Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Highlight gamescom asia 2022 Primetime: Game Indie terbaik dari rantau Asia Tenggara!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 20, 2022
in Action, Android, Arcade, Artikel, Asymmetrical, Berita, City-Build, Fantasy, Industri, iOS, Mobile, Multiplayer, Nintendo Switch, Open World, PC, Senarai, Steam, Tempatan
0 0
0
Highlight gamescom asia 2022 Primetime: Game Indie terbaik dari rantau Asia Tenggara!
Share on FacebookShare on Twitter

gamescom asia 2022 rasmi telah bermula melalui acara siaran langsung Primetime – rancangan 1 jam yang penuh dengan berita, penampilan pertama, tayangan perdana dan banyak lagi tentang game indie hebat dari rantau Asia Tenggara. Game apakah yang menjadi sorotan? Berikut merupakan pilihan kami:

Cuisineer

It's still #WishlistWednesday somewhere! Thank you to everyone for all your love, support and interest so far!

If you haven't wishlisted #cuisineer on Steam ↓↓https://t.co/se3MMbjBLl pic.twitter.com/gzLrvqNR6L

— Pom @ Cuisineer (@cuisineer) October 12, 2022

Terokai dunia Cuisineer ketika anda memasuki dungeon dan mengalahkan raksasa untuk mendapatkan bahan-bahan penting yang kemudian digunakan untuk memasak makanan lazat di restoran sendiri! Cuba “rogue-lite dungeon crawler” yang comel dan lazat ini!

Determinant

Game open-world survival berasaskan fizik realistik yang berlangsung pada masa depan. “Survival, crafting, exploration dan base building” adalah fokus utama. Dapatkan makanan dan air untuk bertahan hidup daripada bahaya alam sekitar.

Her Name Was Fire

Her Name Was Fire ialah game Tarotpunk twin stick roguelike dengan elemen “deck building” di mana anda memperoleh spell dan upgrade secara beransur-ansur untuk mengalahkan segerombolan makhluk daripada alam lain. Harungi 5 “stages of grief” dan kalahkan Major Allegories.

Spiritfall

Spiritfall is a Roguelite inspired by Platform Fighters, our October Beta starts in just a few hours! (13:00 UTC)
Signup to get your key when the Beta starts#indiegame #gamedev pic.twitter.com/iMzewVJlax

— Spiritfall | 1.5 Out Now! (@gentlegiantgms) October 13, 2022

Spiritfall ialah fast-paced action roguelite dengan pertempuran yang diilhamkan oleh Platform Fighters. Kalahkan pelbagai jenis musuh menggunakan senjata kuasa dewa yang sentiasa berubah.

Project UNSEEK

Sekumpulan pelajar sekolah menengah ingin pergi cuti. Tanpa sedar, mereka dibawa ke dimensi lain. Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, mereka memutuskan untuk melarikan diri. Main bersama-sama untuk melepaskan diri daripada raksasa atau menjadi raksasa tersebut, dalam game asymmetrical dalam talian 2v6.

The Company Man

Lawan mesin korporat dalam The Company Man! Pengembaraan aksi 2D di mana anda boleh memukul rakan sekerja yang gila dengan papan kekunci dan menembak bos jahat dengan e-mel. Harungi perjuangan pekerjaan dan penuhi impian anda untuk menjadi CEO!

Wildmender

Bongkar masa lalu untuk melindungi masa depan. Di Wildmender, anda menghadapi cabaran untuk memulihkan alam sekitar. Terokai landskap, hidupkan semula tumbuhan yang layu, tanam taman dan bina dunia yang lebih baik secara bersendirian atau bersama rakan dalam game co-op dalam talian sehingga 4 pemain.

The Tower -To the Bottom-

Menara yang tidak berkesudahan terletak di penghujung dunia. Dan di puncaknya, terdapat sebuah perkampungan kanak-kanak. Mereka mesti menjelajah dan mengharungi menara untuk mencari makanan, jawapan, dan “syurga” yang dikhabarkan menanti di bahagian bawah dalam pengembaraan rogue-like yang penuh misteri ini.

Moo Lander

Moo Lander ialah 2D action-adventure RPG dengan elemen metroidvania yang menampilkan plot epik, bos lembu yang perkasa, persekitaran cantik, teka-teki pintar dan banyak susu!

Spirit Mancer

Main sebagai Sebastian seorang “demon hunter” zaman moden yang terperangkap dalam neraka. Menampilkan hack and slash dan Deck-building, bunuh para demon dan tangkap “spirit” mereka lalu menyeru mereka semula di dalam pertempuran Inferno. Lawan gerombolan demon dari Ars Goetia dan hentikan ratu jahat dengan kuasa Spirit Mancer.

Against the Storm

Game dark fantasy city builder di mana anda mesti membina semula tamadun untuk menghadapi apokaliptik. Sebagai Scorched Queen’s Viceroy, pimpin manusia dan berperang untuk menuntut semula hutan belantara dan menjamin masa depan bagi mangsa terakhir tamadun yang terselamat.


Untuk maklumat lanjut tentang game indie di atas, korang boleh layari laman web rasmi Steam, secara khususnya tab gamescom asia Primetime.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Game Indiegamescom asia 2022industri
Previous Post

Silent Hill Ascension Hadir Dengan Projek Media Interaktif Bersama Pembangun Dead by Daylight!

Next Post

MARVEL SNAP dilancarkan di Malaysia untuk mobile dan PC, Avengers Assemble!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
MARVEL SNAP dilancarkan di Malaysia untuk mobile dan PC, Avengers Assemble!

MARVEL SNAP dilancarkan di Malaysia untuk mobile dan PC, Avengers Assemble!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd