Nuverse, Second Dinner dan Marvel Entertainment telah melancarkan game MARVEL SNAP, sebuah game superpowered card battler di mobile dan PC, di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kini semua para pemain boleh merasai pengalaman mengumpul kad dan membentuk kumpulan superhero dan penjahat daripada Marvel.
Untuk meraikan pelancaran ini, Marvel Snap telah membuat kemunculan istimewa dengan menampilkan Samuel L. Jackson. Watak dia terkenal sebagai Nick Fury, pengarah untuk agensi S.H.I.E.L.D dan merupakan pengasas kumpulan Avengers.
MARVEL SNAP adalah sebuah game kad yang memberi keupayaan kepada pemain untuk memanggil dan mengeluarkan lebih daripada 1000 kad semasa pelancaran dengan menampilkan pelbagai watak superhero dan penjahat daripada Marvel.
Game ini telah mengumpulkan banyak hasil seni yang menakjubkan sepanjang 80 tahun Marvel diperkenalkan. Karya Marvel telah dilukis dan diilustrasikan oleh kebanyakan artis paling kreatif di dunia seperti Stan Lee dan ramai lagi.
Menurut Tom van Dam, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan dan Perkongsian untuk MARVEL SNAP (Nuverse), game ini merupakan game paling epik untuk tahun ini. Semuanya atas sokongan daripada Second Dinner dan Marvel Entertainment dan tidak lupa juga dengan pertolongan Samuel L. Jackson untuk pelancaran ini. Dia juga merasa tidak sabar untuk para peminat seluruh dunia mencuba game ini.
Berikut adalah trailer gameplay official:
Dibangunkan oleh Second Dinner Studios, salah satu pembangun yang diasaskan oleh bekas pembangun Blizzard Entertainment yang pernah membuat Hearthstone, MARVEL SNAP adalah sebuah game kad strategik dan boleh dikatakan sebagai “collectible card game (CCG)” yang pantas dan menaikkan adrenalin tetapi hanya korang yang mampu menentukan nasib diri sendiri.
MARVEL SNAP kini tersedia di Malaysia dan seluruh negara dengan 13 bahasa di seluruh dunia dan boleh dimuat turun sekarang untuk mobile dan PC sebagai akses terawal di Steam. Jadi tunggu apa lagi, pergi muat turun dan buat kumpulan Avengers korang sendiri.
Untuk baca banyak lagi berita mengenai Marvel daripada kami, sila tekan pautan ini. Sila ikuti Gamer Santai untuk pelbagai berita tentang game, anime dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post