Temasya Sukan SEA 2019 yang akan berlansung daripada 30 November hingga 10 Disember ini bakal menyaksikan game Hearthstone menggantikan game NBA 2K19. Hal ini telahpun diputuskan oleh Phillipine Olympic Committee (POC).
Kita telahpun memiliki wakil untuk judul e-sport lain yang dipertandingkan untuk Sukan SEA kali ini menerusi pusingan kelayakan yang telah dianjurkan oleh Esport Malaysia (ESM). Judul tersebut adalah Dota 2, Arena of Valor, Mobile Legends, Tekken 7 dan Starcraft 2.
Oleh kerana perubahan ini berlaku dalam masa yang singkat, pihak ESM masih belum memutuskan bagaimanakah saringan kelayakan untuk mencari wakil negara dalam Hearthstone. Terdapat beberapa pemain berbakat Hearthstone dalam negara ini yang boleh dipertimbangkan; sebagai contoh Zi Song ataupun dikenali sebagai Lalasong yang pernah mewakili Malaysia ketika World Electronic Sports Game (WESG) 2019.
Selain daripada NBA 2K19, POC juga turut memutuskan divisyen B4-7 Polo akan menggantikan B4-6 dan perseorangan kanu 1,000 meter menggantikan perseorangan kayak 1,000 meter.
Sumber: New Straits Times, mygameon
@gamersantaimy
Discussion about this post