Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Haven Studios secara rasmi menjadi ahli terbaru PlayStation Studios!

Maira by Maira
March 22, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
Haven Studios secara rasmi menjadi ahli terbaru PlayStation Studios!
Share on FacebookShare on Twitter

Haven Studios secara rasminya menjadi salah satu keluarga baru PlayStation Studios. Studio yang diketuai oleh Jade Raymond, bekas ketua di Ubisoft Toronto akan bekerjasama dengan PlayStation Studio dalam membangunkan game multiplayer AAA baru. Jika anda ingin tahu, Haven Studios merupakan studio yang baru dibangunkan pada tahun lepas. Jadi, masih tiada game yang dibangunkan oleh studio tersebut.

Dalam post yang dikeluarkan oleh PlayStation, nampaknya mereka telah mula bekerja bersama Haven Studios pada awal tahun 2021, sebelum studio itu diumumkan. Pihak mereka yakin dengan kepakaran kreatif dan teknikal studio itu dalam melaksanakan projek terbaru yang bercita-cita tinggi dan sangat teruja untuk melabur dalam perjalanan mereka membangunkan IP original baru untuk PlayStation.

Memandangkan ia hampir kepada ulang tahun dalam perkongsian rasmi kedua-dua studio tersebut, PS Studio teruja untuk mengalu-alukan Haven Studios secara rasmi ke dalam keluarga PlayStation.

Sedikit maklumat mengenai IP baru PlayStation telah didedahkan. Nampaknya kita boleh nantikan game multiplayer baru untuk konsol PS atau mungkin PC sekali memandangkan PS kini memasuki pasaran luar konsol dengan keluaran game ekslusif PS ke PC. Game multiplayer baru ini mungkin mempunyai sebuah dunia sistematik yang memberikan kebebasan dan keseronokan supaya pemain terhibur malah terus bermainnya.

Dengan penyertaan keluarga baru dalam PS, nampaknya sudah 18 studio yang dimiliki oleh PS termasuklah Haven Studios yang baru. Sebelum ini, studio seperti Bungie, Bluepoint Games, Housemarque, Firesprite dan Nixxes Software juga diumumkan sertai keluarga PlayStation. Memang kita boleh jangka beberapa game menarik akan hadir daripada studio besar ini nanti. Tidak sabar rasanya untuk lihat game baru daripada mereka.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai PlayStation Studios daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: PlayStation Blog

Tags: Haven StudioPlayStation Studio
Previous Post

Game The Witcher baru kini dalam pembangunan dengan Unreal Engine 5!

Next Post

Call Of Duty: Warzone/Vanguard – Info lengkap Season 2 Reloaded

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Call Of Duty: Warzone/Vanguard – Info lengkap Season 2 Reloaded

Call Of Duty: Warzone/Vanguard - Info lengkap Season 2 Reloaded

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd