Sebuah promosi besar-besaran sempena Merdeka kini telah menarik perhatian para gamer di Malaysia. Impulse Gaming kini menawarkan game popular keluaran Capcom, Monster Hunter Wilds, pada harga diskaun yang sangat istimewa.
Menerusi promosi ini, Edisi Standard game tersebut untuk konsol PlayStation 5 dijual pada harga yang amat menarik, iaitu RM99.00. Lebih seronok lagi, berdasarkan percubaan kami, harga itu akan dikurangkan lagi secara automatik kepada hanya RM91.40 semasa proses pembayaran akhir.
Ini merupakan satu penjimatan yang sangat signifikan berbanding harga jualan asalnya, RM349.00, yang ditetapkan oleh Impulse Gaming.

Peminat setia dan para pengumpul juga tidak dilupakan, dengan Monster Hunter Wilds Edisi E-Capcom ditawarkan pada harga RM149.00. Sama seperti edisi standard, harganya akan turun lagi kepada RM133.80 selepas diskaun automatik semasa pembayaran.
Edisi terhad yang sering menjadi buruan ini asalnya dijual pada harga RM799.00 oleh Impulse Gaming dan ia didatangkan lengkap dengan game serta barangan koleksi premium seperti:
- Secrets Weapon Bag Style Pouch
- Baby Secreto Stuffed Toy
- Steelbook PS5
- Game PS5 Monster Hunter Wilds

Tawaran harga yang begitu rendah ini sememangnya sesuatu yang luar biasa, apatah lagi untuk sebuah permainan video bertaraf AAA yang baru dilancarkan tahun ini. Jika dikira, harga promosi ini adalah sekitar 61% lebih murah daripada harga jualan biasa di pasaran Malaysia, dan 51% lebih rendah daripada harga di PlayStation Store.
Penurunan harga yang mendadak ini memberi isyarat bahawa Impulse Gaming mungkin ingin menghabiskan stok Monster hunter Wilds bersempena Merdeka (yang kemungkinan besar masih ada jumlah yang terlalu banyak sebelum ini).
Bagi yang berminat, beberapa pakej tambahan (add-on) turut disediakan untuk dipadankan dengan pembelian mereka:
- Game + Baju-T: RM101.10
- Edisi E-Capcom + Baju-T: RM143.40
- Kandungan E-Capcom Sahaja: RM85.70
- Game + Steelcase: RM110.70
- Game + Case + Baju-T: RM120.30
Untuk membuat pembelian, tekan SINI!









Discussion about this post