Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Halo Infinite ditangguhkan hingga 2021! Tidak dilancarkan bersama konsol next-gen!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 12, 2020
in Artikel, Battle Royale, Berita, PC, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Halo Infinite ditangguhkan hingga 2021! Tidak dilancarkan bersama konsol next-gen!
Share on FacebookShare on Twitter

Xbox dan 343 Industries telah mengumumkan bahawa Halo Infinite telah ditangguhkan dan tidak akan lagi dilancarkan pada cuti 2020 bersama Xbox Series X. Sebaliknya, Halo Infinite akan dilancarkan di Xbox One, Xbox Series X, dan PC pada tahun 2021. Menurut 343 Industries, penundaan itu adalah hasil daripada pasukan yang memerlukan lebih banyak masa untuk memberi permainan video yang mereka ingini. Pemaju tidak mengatakan jika maklum balas baru-baru ini mengenai visual permainan berkait dengan penundaan itu, tetapi ia ada kemungkinan memandangkan betapa ramai memberi komen negatif ketika gameplay-nya ditayangkan pada bulan lepas.

343 Industries menambah bahawa pandemik COVID-19 juga telah menyebabkan banyak gangguan pada pembangunan. Selain itu, mereka menyatakan yang penundaan ini akan memberikan masa yang diperlukan oleh pasukan ketika mereka berusaha untuk memberikan permainan video yang paling bercita-cita tinggi dalam siri.

Sayangnya, tidak ada kata rasmi untuk bila ia akan keluar pada tahun 2021. Untuk pengetahuan kita semua, ini mungkin berlaku dalam beberapa bulan pertama, atau boleh ditangguhkan hingga cuti 2021.

Halo Infinite Development Update pic.twitter.com/TFZvXhRN9f

— Halo (@Halo) August 11, 2020

“Hari ini saya ingin berkongsi kemas kini penting untuk pembangunan Halo Infinite dengan komuniti. Kami telah membuat keputusan yang sukar untuk mengubah tarikh pelancaran ke 2021 untuk memastikan pasukan memiliki waktu yang cukup untuk menyampaikan pengalaman permainan Halo yang memenuhi visi kami. Keputusan untuk mengubah tarikh pelancaran adalah hasil daripada banyak faktor yang menyumbang kepada cabaran pembangunan, termasuk kesan berkaitan COVID yang mempengaruhi kita sepanjang tahun ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kerja keras daripada pasukan kami di 343 Industries, yang tetap komited untuk membuat permainan video hebat dan mencari jalan penyelesaian terhadap cabaran pembangunan. Walau bagaimanapun, ia tidak bagus untuk kebaikan pasukan atau kejayaan keseluruhan permainan video untuk melancarkannya pada cuti ini.”

“Kami tahu ini akan mengecewakan banyak daripada anda dan kita semua turut merasakan sentimen itu. Kesungguhan dan sokongan yang ditunjukkan masyarakat selama ini sangat luar biasa dan memberi inspirasi. Kami tidak mahu apa-apa selain bermain permainan video ini dengan komuniti pada cuti ini. Masa tambahan akan membolehkan kami menyelesaikan kerja penting yang diperlukan untuk memberi permainan Halo yang paling bercita-cita tinggi pada kualiti yang diharapkan oleh peminat. Terima kasih atas sokongan dan pemahaman anda.” -343 Industries.

Halo Infinite akan dilancarkan di seluruh dunia pada tahun 2021 di Xbox One, Xbox Series X, dan PC.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 343 IndustriesHaloHalo InfiniteXbox Series X
Previous Post

Xbox Series X sah akan dilancarkan November 2020!

Next Post

Kemaskini The Last of Us Part II menambah Grounded difficulty, Permadeath mode dan banyak lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Kemaskini The Last of Us Part II menambah Grounded difficulty, Permadeath mode dan banyak lagi!

Kemaskini The Last of Us Part II menambah Grounded difficulty, Permadeath mode dan banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd