Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hades II Kini Tersedia Secara Early Access Di PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 7, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, Steam
0 0
0
Hades II Kini Tersedia Secara Early Access Di PC
Share on FacebookShare on Twitter

Supergiant Games mengumumkan bahawa game sekuel roguelike dungeon crawler, Hades II, kini tersedia secara Early Access untuk PC melalui Steam dan Epic Games Store pada harga RM72.00.

Berikut adalah trailer rasmi:

Berlangsung selepas peristiwa Hades di universe yang sama, sekuel ini menampilkan Melinoë, Puteri kepada Underworld dan kakak kepada protagonis dalam game pertama, Zagreus. Di samping mentornya Hecate, dia berhasrat untuk mengalahkan Chronos, iaitu dewa masa.

Kredit: Supergiant Games

Mempunyai gameplay yang sama seperti game pertama, pemain boleh melengkapi senjata legenda dengan sihir purba, dan menjadi lebih kuat bersama bantuan Boon yang boleh diperolehi daripada lebih sedozen dewa Olympia, seperti Apollo, Zeus, dan lain-lain. Apa yang baru tentang sekuel ini ialah “Mana Bar”, sumber pertempuran yang digunakan untuk abiliti yang mengisi semula pada permulaan setiap pertarungan.

Kredit: Supergiant Games

Lokasi, cabaran, sistem upgrade dan kejutan baharu menanti sambil pemain menyelidik Underworld yang sentiasa berubah-ubah. Dedahkan misteri Arcana Altar, berkawan dengan makhluk-makhluk aneh dan kumpulkan kuasa menggunakan Tools of the Unseen untuk mencapai matlamat anda.

Dalam perjalanan, anda akan menemui berpuluh-puluh watak bersuara penuh, termasuk ramai muka baharu dan beberapa rakan lama. Jalin hubungan dengan mereka melalui pelbagai interaksi baharu, dan alami pelbagai peristiwa cerita unik berdasarkan perjalanan anda.

Kredit: Supergiant Games

Walaupun tersedia secara Early Access, game ini masih tidak lengkap dan kekurangan beberapa kawasan, watak, musuh, peristiwa naratif dan sistem besar.

Sepanjang tempoh Early Access, Supergiant Games akan mengeluarkan update besar setiap beberapa bulan yang memperkenalkan ciri-ciri dan kandungan baharu, diikuti dengan patch untuk menyelesaikan sebarang isu yang timbul.

Walaupun Supergiant Games tidak mempunyai tarikh tamat khusus untuk Early Access, Hades II akan mengadakan Early Access sekurang-kurangnya sehingga penghujung tahun 2024.

Tags: Early AccessHades IIPC
ShareTweetSend
Previous Post

Apex Legends: Upheavel – Segala Info Yang Anda Perlu Tahu Tentang Season 21!

Next Post

Menang PS5 Percuma & Barangan PUMA x PLAYSTATION Lain Melalui Kempen Istimewa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Menang PS5 Percuma & Barangan PUMA x PLAYSTATION Lain Melalui Kempen Istimewa!

Menang PS5 Percuma & Barangan PUMA x PLAYSTATION Lain Melalui Kempen Istimewa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd