Selepas pelancarannya pada bulan Februari lalu, developer Respawn teleh mengenakan ban hampir lebih dari 16,000 pemain yang menggunakan hack atau cheats dalam game Apex Legends. Pada ketika itu, terdapat 25 juta pemain sedang menikmati game battle royale terbaru itu dan dalam masa yang sama, angka untuk cheaters juga turut meningkat. Nampaknya kali ini, pihak Respawn sekali lagi mengambil tindak tegas untuk mengawal wabak cheaters dan hackers yang berleluasa dalam game ini.
Menurut satu post reddit, ia menunjukkan beberapa screenshot tentang pemain yang membuat aduan tentang account mereka tidak lagi boleh bermain game Apex Legends selepas kena ban. Nampaknya, banyak hacker seperti ini berkata yang ban dikenakan mereka adalah tidak adil dan mereka terkejut betapa tegasnya Apex sekarang, dengan salah seorang daripada mereka berkata yang dia kena ban walaupun tak menggunakan perisian cheat selama 3-4 hari.
Dalam masa yang sama, kebanyakan pemain yang sukakan gameplay secara kompetitif tanpa perlu menggunakan cheat atau hacking tidak berasa kesian langsung terhadap cheaters ini. Cheaters dan hacker hanya merosakkan pengalaman bermain untuk pengguna biasa, yang menghabiskan berjam-jam dalam game untuk git gut dan juga meningkatkan level account mereka.
Tindakan tegas yang diambil oleh pihak Respawn untuk game Apex Legends seharusnya diberi pujian. Mereka sentiasa bekerja keras untuk mengurangkan angka cheaters dan hackers yang kian bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi, buat masa ini pemain boleh fokus untuk bermain tanpa perlu risau tentang kewujudan mereka serta menantikan kemaskini terbaru yang akan datang. Beberapa hari yang lepas, telah tersebar 5 senjata baru yang akan datang ke Apex!
Sumber: Game Rant
@gamersantaimy
Discussion about this post