Call of Duty: Mobile telah diumumkan pada bulan lepas dan merupakan game mobile daripada francais terkenal Call of Duty. Semasa acara Garena World 2019, umum mengetahui bahawa Garena akan berkolaborasi bersama Tencent dan Activision untuk melancarkan game ini di Asia Tenggara.
Sebagai peringatan, Call of Duty: Mobile (dulu dikenali sebagai Call of Duty: Legends of War) ialah game mobile FPS yang mempamerkan map dan elemen ikonik daripada universe Call of Duty. Daripada apa yang saya tahu, map untuk game ini termasuk Killhouse dan Nuketown. Pelbagai mode seperti Team Deathmatch, Search & Destroy, Free-For-All dan Zombie juga terdapat dalam game ini. Sebuah mode Battle Royale juga dipelan sekali!
Mengikut kenyataan seorang wakil Garena, game ini akan keluar di Taiwan dan negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Malaysia, Singapore, Philippines, dan Indonesia di masa akan datang. Moga-moga kita boleh dapat satu pelancaran secepat mungkin! Pastikan anda pre-register untuk game ya jika masih belum!
Sumber – Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post