Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hacker Curi Skin CS:GO Bernilai $6 Juta Daripada Website Trading Terkenal!

Maira by Maira
August 18, 2022
in Artikel, Berita, Game, PC
0 0
0
Hacker Curi Skin CS:GO Bernilai $6 Juta Daripada Website Trading Terkenal!
Share on FacebookShare on Twitter

Mana-mana game dalam talian mesti ada hacker. Tidak kiralah mereka menggunakan hack semasa bermain ataupun mengambil item lain daripada akaun pemain lain. Komuniti CS:GO sekali lagi digemparkan dengan kes hacker yang kali ini membawa lumayan sehingga $6 Juta (anggaran RM 26.8 juta), hasil daripada skin yang dicuri. Bukan biasa-biasa kes hacker yang baru ini.

CS:GO skin

Kalau anda ingin tahu, CS:GO mempunyai laman web trading yang popular dikenali sebagai CS.Money. Ramai pemain yang menggunakan platform itu untuk membeli, menjual dan trade item kosmetik untuk game tersebut. Baru-baru ini, laman web itu telah digodam dan skin CS:GO yang ada pada platform itu telahpun dicuri dan harganya mencecah $6 Juta!

Berikutan insiden itu, CS.Money telah melepaskan kenyataan rasmi serta menutup laman web mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kejadian itu telah dilaporkan oleh seorang pengguna Twitter malah mengatakan bahawa skin yang nilainya mencecah $1.6 Juta (RM 7.15 juta). Dilaporkan juga terdapat lebih daripada 30 akaun yang dijumpai berkait dengan hacker tersebut. Boleh tahan besar juga kes ini.

The CSMONEY website is temporarily down after being targeted by a hacking attack this night. We will fix the issue and will do our best to restore the normal functioning of the website. Our support service is ready to answer your questions via email at [email protected].

— CS.MONEY (@csmoneytrade) August 13, 2022

Menurut CS.Money, hacker tersebut telah mengambil alih trade bot yang digunakan mereka selepas mendapatkan akses kepada fail Mobile Authenticator, yang digunakan untuk pengesahan Steam. Ini memberi peluang kepada hacker untuk mendapatkan akses terus kepada semua fail yang membolehkan mereka untuk kawal bot yang mempunyai skin tertentu dan memindahkannya ke akaun mereka. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga sempat juga trade semula skin itu kepada pengguna yang lain.

Dahsyat betul aktiviti hacker kali ini. Memang untung habis. Harap-harap masalah ini berjaya diselesaikan dengan baik. Untuk segala liputan kami tentang CS: GO, sila tekan pautan ini.

Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO)
Release Date: 2012-08-21
Microsoft Windows
Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO adalah permainan FPS yang dibangunkan oleh Hidden Path Entertainment dan Valve Corporation. Ia merupakan permainan keempat dalam siri Counter-Strike dan dikeluarkan untuk Microsoft Windows, OS X, Xbox 360, dan PlayStation 3 pada 21 Ogos 2012, manakala versi Linux dikeluarkan pada tahun 2014.
Tags: CS:GOHacker
Previous Post

Kaichu: Kaiju Dating Sim akan tiba di konsol & PC pada 7 September 2022

Next Post

Game Iron Man dibatalkan selepas dua tahun dalam pembikinan didedahkan

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Game Iron Man dibatalkan selepas dua tahun dalam pembikinan didedahkan

Game Iron Man dibatalkan selepas dua tahun dalam pembikinan didedahkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd