Memang dah biasa kita dengar isu mengenai hackers dan cheaters dalam Apex Legends ini. Sampai dalam tournament pun terbawak-bawak naluri nak cheat tu. Ramai pemain masih menanti-nantikan solusi dari pihak developers sendiri yang sehingga hari ini masih belum mempunyai sebarang update untuk menangani mereka. Oleh itu, terdapat beberapa pemain-pemain Cina yang membuat keputusan untuk membuat Anti-Cheat program sendiri demi menghapuskan cheaters dalam game ini!
Menurut pengguna Reddit, gambar di atas diambil dari anti-cheat program Cina, di mana setiap fungsinya adalah berbeza dan diselaraskan mengikut hacks/cheats yang popular digunakan oleh pemain dalam game. Contohnya:
- Gangguan untuk Autoaim
- Speed hack akan ditukar jadi normal speed
- Penggunaan wallhack untuk cheaters sahaja
- Sistem report yang akan muat turun file pemain tersebut ke desktop.
Ironiknya, software ini adalah dari sumber pihak ketiga dan tak sepatutnya digunakan dalam Apex Legends. Program ini sendiri adalah hack, dan dia punya algorithm menggunakan cheats untuk menghentikan cheaters. Maksudnya, program itu sendiri menggunakan hack untuk menghentikan hack yang digunakan oleh hackers dalam game. Program anti-cheat ni sebenarnya bagus kalau difikirkan, pemain dapat membanteras cheaters, tapi untuk jangka masa yang panjang, ianya tidak sesuai.
Chinese Apex Legends hackers develop insane new cheat program that stops… other cheaters. 😮
(*English translations included)https://t.co/vgxsCJ4EfJ
— Apex Legends News (@TitanfallBlog) March 15, 2019
Seperti yang kita tahu, Respawn masih lagi dalam usaha untuk membuat sistem report dalam game ini supaya pemain dapat terus laporkan cheaters dalam game. Malah, mereka juga sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat Anti-Cheat bagi membendung segala jenis cheats yang wujud dalam game ini. Sudah tentu, ianya akan mengambil masa dan pemain perlu sabar dan tunggu pengumuman rasmi dari pihak Respawn sendiri. Pihak Respawn juga perlu berikan update secepatnya supaya pemain tidak jemu bermain disebabkan pengalaman mereka dicemari oleh cheaters!
Sumber: Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post