Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gugur Angka ‘2’ Bawa Tuah! Jumlah Pemain Overwatch Meningkat Sebanyak 63%!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 11, 2026
in Artikel, Battle.net, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Gugur Angka ‘2’ Bawa Tuah! Jumlah Pemain Overwatch Meningkat Sebanyak 63%!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah menggugurkan angka “2” daripada namanya untuk kembali ke akar umbi, Overwatch nampaknya sedang melalukan pusingan drastik selepas mencatatkan aktiviti pemain paling tinggi dalam tempoh lebih setahun.

Kebangkitan ini adalah hasil daripada tindakan Blizzard yang menghentikan jenama Overwatch 2 dan “menetapkan semula permainan” melalui pelancaran Season 1 baharu. Langkah ini bukan sekadar perubahan nama; ia turut merombak sepenuhnya cara kandungan disampaikan kepada pemain.

Paling mencuri tumpuan, Blizzard mengesahkan sebanyak 10 hero baharu akan ditambah ke dalam roster pada tahun ini, di mana lima daripadanya sudah pun boleh dimainkan serta-merta sebaik sahaja musim ini bermula.

Berita ini nampaknya membuahkan hasil yang sangat positif. Pada 11 Februari, media sosial rasmi Blizzard mengesahkan bahawa game itu baru sahaja melepasi rekod hujung minggu paling cemerlang dari segi jumlah pemain aktif sejak awal tahun 2025 yang lalu.

We just had our biggest weekend in over a year, and that’s BEFORE all the Season 1 content even dropped 🥳

Be a part of Overwatch history with the launch of 5 all-new Heroes when you jump into Season 1: Conquest TODAY 🔥 pic.twitter.com/sI8FPKs02o

— Overwatch (@PlayOverwatch) February 10, 2026

Statistik daripada Steam turut membuktikan kejayaan ini. Sejurus selepas pengumuman penjenamaan semula dibuat, jumlah pemain di platform tersebut melonjak sebanyak 63%.

Peningkatan ini cukup besar sehingga membolehkan Overwatch memintas game-game gergasi seperti Battlefield 6 dan Call of Duty: Black Ops 7 dalam kategori pengguna harian aktif di Steam.

Walaupun Steam hanya mewakili sebahagian kecil daripada komuniti Overwatch (kerana majoriti pemain menggunakan Battle.net dan konsol) laporan menunjukkan trend yang serupa turut berlaku di platform PlayStation, Xbox, dan Nintendo Switch.

Biarpun Blizzard masih belum mendedahkan angka rasmi secara terperinci, momentum ini adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

Imbas kembali pada tahun 2023, Overwatch pernah memegang rekod memalukan sebagai game dengan rating paling rendah di Steam, sehingga label “Mostly Negative” telah menjejaskan reputasi francais itu selama bertahun-tahun.

Namun sekarang, keadaan nampaknya mula berubah ke arah yang lebih baik. Walaupun lifetime rating masih lagi rendah, bahagian “Recent Reviews” kini telah meningkat ke kategori “Mixed”.

Tags: Overwatch
ShareTweetSend
Previous Post

Netflix One Piece Season 2 – Trailer Baharu Pamer Aksi Grand Line, Chopper Pun Ada!

Next Post

One Piece – Siapakah Gunko, Si Holy Knight Yang Sebenarnya Ada Kaitan Dengan Brook?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
One Piece – Siapakah Gunko, Si Holy Knight Yang Sebenarnya Ada Kaitan Dengan Brook?

One Piece - Siapakah Gunko, Si Holy Knight Yang Sebenarnya Ada Kaitan Dengan Brook?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd