Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GTA 5 versi next-gen adalah video ke-2 paling banyak “dislike” di Youtube Rockstar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2021
in Artikel, Berita, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
GTA 5 versi next-gen adalah video ke-2 paling banyak “dislike” di Youtube Rockstar!
Share on FacebookShare on Twitter

Treler next-gen terbaru untuk GTA 5 kini merupakan video kedua dengan jumlah “dislike” paling banyak di halaman YouTube Rockstar. Video manakah yang di tangga nombor satu? Trailer pertama yang mengumumkan GTA 5 akan mendapat upgrade remaster di PS5 dan Xbox Series. Ouch sakit.

Di acara PlayStation Showcase pada minggu lepas, pelbagai game baru telah diumumkan termasuk God Of War: Ragnarok, Marvel’s Spider-Man 2 dan lain-lain. Walaupun dipenuhi dengan pelbagai pengumuman menarik, tidak semua berita dapat menggembirakan hati peminat. Contoh paling besar adalah “treler overview” GTA 5 versi PS5 yang memberi pandangan pertama tentang permainan untuk mereka yang berminat mencuba di konsol next-gen.

Masalah terbesar dengan treler GTA 5 itu bukanlah kerana ia ditunda ke tahun depan, tetapi ramai peminat berpendapat bahawa versi next-gen kelihatan amat sama dengan gen semasa. Bukan itu sahaja, ramai yang lebih menginginkankan GTA 6 tapi Rockstar mendiamkan diri. Akibatnya? Treler tersebut mendapat jumlah “dislike” yang sangat banyak berbanding jumlah “like”.

Perbezaannya memang ketara di mana jumlah “dislike” adalah sebanyak 129,000 manakala jumlah “like” hanya mencapai 33,000. Nampaknya ia kini memegang rekod sebagai video kedua paling tidak disukai di halaman YouTube Rockstar buat masa ini. Sekiranya Rockstar masih tidak faham, video pertama dengan jumlah “dislike” tertinggi di halaman Youtube mereka pun adalah treler yang mengumumkan GTA 5 akan mendapat remaster di konsol PS5 dan Xbox Series.

RelatedPosts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

Bagi kawan-kawan yang tidak tahu, GTA 5 dilancarkan di PS3 dan Xbox 360 pada tahun 2013. Ini bermaksud GTA 5 sudah tersedia di tiga generasi berbeza termasuk PS4, PS5 dan Xbox One, Xbox Series X|S. Memandangkan game ini pun sangat tua, saya tidak terkejut bahawa ramai ingin melihat GTA 6. Buat masa ini, GTA 5 telah telah menjual lebih dari 150 juta salinan dan sehingga ia betul-betul tidak laku lagi, mungkin ketika itulah baru Rockstar akan memfokuskan pada GTA 6.

Sumber – Youtube

Tags: gta 5ps5rockstarXbox Series Xyoutube
Previous Post

Nike SB Dunk High x Gundam dilancarkan dan nampak Cool perhabis!

Next Post

Permainan JRPG MONARK akan hadir dalam versi Inggeris pada awal 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Permainan JRPG MONARK akan hadir dalam versi Inggeris pada awal 2022

Permainan JRPG MONARK akan hadir dalam versi Inggeris pada awal 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd