Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GSC akan tayangkan filem anime Gintama The Final bermula 8 April!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 30, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
GSC akan tayangkan filem anime Gintama The Final bermula 8 April!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri manga Gintama sudah lama berakhir, tetapi seperti yang dilaporkan sebelum ini, mereka telah mengeluarkan sebuah filem anime yang berfungsi sebagai kesimpulan keseluruhan. Berita baik buat peminat anime di Malaysia kerana Golden Screen Cinemas (GSC) akan menayangkan filem ini, berjudul Gintama The Final, di pawagam Malaysia bermula 8 April! Bagi yang tidak tahu, filem ini adalah filem ke-3 dan terakhir untuk francais anime Gintama, di mana ia mengadaptasikan kisah Silver Soul Arc dari episod 699 hingga 704 bersama dengan sejumlah sumber baru.

Untuk peminat yang betul-betul tegar, sebelum tayangan umum pada 8 April, GSC akan mengadakan “fan screening” untuk filem Gintama ini pada hujung minggu ini di GSC Mid Valley! Tiket akan tersedia hari ini pada harga RM90, jadi dapatkan tiket anda sebelum habis! Bersama tiket, kamu akan dapat:

  • poster A2
  • set poskad
  • folder A4
  • tote beg

Gintama ialah manga Jepun yang ditulis dan diilustrasi oleh Hideaki Sorachi. Berlatarbelakangkan Edo yang telah ditawan oleh makhluk asing bernama Amanto, jalan ceritanya berkisar kehidupan dari sudut pandangan seorang samurai, Gintoki Sakata, bersama dua rakannya, Shinpachi Shimura dan Kagura untuk membayar sewa bulanan.

Di Jepun, manga Gintama amat terkenal, dengan 55 juta jumlah cetakan, lantas menjadikannya antara manga yang terlaris di pasaran. TV Tokyo pun pernah memberitahu bahawa anime Gintama mempunyai jualan yang tinggi di luar negeri dan seiring dengan adaptasi anime popular seperti Naruto.

Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi siri anime Gintama sebenarnya pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2009 dan disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia melalui RTM 2 (TV2 hari ini) pada setiap hujung minggu. Siri anime ini juga dialihkan audio kepada Bahasa Melayu. Walaupun tayangannya dihentikan tidak lama kemudian, nampaknya ramai penonton Malaysia yang masih menyukai francais Gintama hingga sekarang.

Saya pasti akan menonton movie ini, tapi bagaimana dengan anda? Seronok tak untuk melihat GSC tayangkan filem Gintama di Malaysia? Untuk segala liputan kami tentang francais Gintama, sila tekan pautan ini.

Tags: animefilemGintamaGintama The FinalGSCMalaysiamovie
Previous Post

Lebih gameplay dan tangkapan skrin NieR Replicant ver.1.22474487139… didedahkan!

Next Post

Akses Awal Guilty Gear -Strive- akan mengandungi semua mod & watak!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Akses Awal Guilty Gear -Strive- akan mengandungi semua mod & watak!

Akses Awal Guilty Gear -Strive- akan mengandungi semua mod & watak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd