Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy Umum Versi Steam Untuk Pemain Global, Akan Tiba Mac 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 29, 2025
in Artikel, Berita, PC, RPG, Steam, Turn-Based
0 0
0
Granblue Fantasy Umum Versi Steam Untuk Pemain Global, Akan Tiba Mac 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 12 tahun, RPG Jepun yang cukup terkenal “Granblue Fantasy” disahkan akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global melalui platform Steam.

Granblue Fantasy launches on Steam®︎ on March 10, 2026! ✨

Encounter beloved characters and forge the strongest of crews! This version is exclusive to players outside of Japan and select regions. (Existing accounts cannot be linked with the Steam version.)#Cygames #GBF pic.twitter.com/68qRf47Q8a

— Cygames (@Cygames_EN) December 28, 2025

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh pihak pembangun, Cygames, semasa acara Granblue Fantasy Fes 2025 yang berlangsung baru-baru ini. Tarikh pelancarannya ditetapkan pada 10 Mac 2026, serentak dengan sambutan ulang tahun ke-12 game tersebut.

Ini menandakan kali pertama judul ini diedarkan secara rasmi di sebuah platform PC di peringkat global, walaupun sebelum ini versi web browser dengan sokongan bahasa Inggeris sudah boleh dimainkan.

Bagi peminat di Malaysia, ada beberapa maklumat penting yang perlu diambil perhatian. Versi Steam akan beroperasi secara berasingan dan tidak terikat dengan versi sedia ada untuk peranti mobile dan web browser di Jepun.

Ini bermaksud bahawa pemain tidak boleh memindahkan akaun atau sebarang kemajuan permainan mereka, justeru semua orang perlu memulakan pengembaraan dari awal. Selain itu, pelancaran ini akan disertakan dengan region-locked, yang menyebabkannya tidak dapat diakses di Jepun serta beberapa kawasan lain.

Buat masa ini, status sama ada Malaysia termasuk dalam senarai wilayah yang disekat masih belum dapat dipastikan.

Pihak Cygames juga telah mengesahkan bahawa versi Steam ini akan dioptimumkan khas untuk PC. Ia akan membawakan paparan dengan nisbah bidang 16:9 yang telah diubah suai untuk skrin komputer moden.

Sejak mula diperkenalkan di Jepun pada 10 Mac 2014, Granblue Fantasy telah berevolusi menjadi sebuah francais media gergasi.

Ramai pemain di Malaysia mungkin sudah pun mengenali dunianya melalui spin-off yang popular seperti fighting game Granblue Fantasy Versus: Rising dan RPG aksi Granblue Fantasy: Relink, yang kedua-duanya boleh didapati di platform PlayStation dan PC.

Untuk yang belum tahu, Granblue Fantasy adalah sebuah RPG gacha dengan sistem combat turn-based. Ia disanjungi kerana kualiti seninya yang dilukis tangan dalam format 2D, naratif yang epik, serta watak yang sangat banyak untuk dikumpulkan.

Pemain akan memegang peranan sebagai seorang kapten yang mengemudi kapal terbang, menjelajahi dunia yang dipenuhi pulau-pulau terapung, bertarung dengan makhluk legenda yang dikenali sebagai primal beasts, dan cuba merungkai segala misteri yang tersembunyi di angkasa.

Tags: granblue fantasysteam
ShareTweetSend
Previous Post

One-Punch Man Season 3 Akan Diteruskan Dengan Part 2, Masih Diuruskan Oleh J.C. Staff

Next Post

Amaran Buat Para Gamer & PC Builder! Harga GPU Dijangka Melonjak Naik Pada Awal 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Amaran Buat Para Gamer & PC Builder! Harga GPU Dijangka Melonjak Naik Pada Awal 2026!

Amaran Buat Para Gamer & PC Builder! Harga GPU Dijangka Melonjak Naik Pada Awal 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd