Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Tersedia Sekarang Di Konsol & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2026
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Tersedia Sekarang Di Konsol & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Cygames secara rasmi melancarkan Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok, sebuah expansion besar untuk judul action RPG tersebut. Bermula hari ini, expansion ini boleh didapati di Nintendo Switch 2, PlayStation 5, PlayStation 4, dan PC melalui Steam.

Ancaman Baharu di Zegagrande Skydom

Kisah Endless Ragnarok bermula selepas peristiwa dalam game asas. Walaupun ancaman terhadap Zegagrande Skydom berjaya diatasi, satu krisis baharu mula melanda. Beberapa portal ke alam misteri telah terbuka, lalu membawa masuk entiti asing yang dikenali sebagai “Ragnalia”.

Kisah kali ini berpusat pada Omnis Zegalith, iaitu sebuah kuasa penyatuan yang dicipta oleh ‘Six Dragons’ bagi menghalang kemusnahan skydom. Pemain perlu menghadapi ancaman kosmik ini manakala musuh-musuh kuat, termasuklah Beelzebub mula turun ke alam langit.

Playable Character Baharu dan DLC Tambahan

Expansion ini memperkenalkan enam watak ke dalam barisan watak yang boleh dimainkan: Beatrix, Eustace, Gallanza, Maglielle, Fraux, dan Fediel.

Sempena pelancaran hari ini, Cygames turut melancarkan Character Expansion Set secara berasingan sebagai DLC untuk Fraux dan Fediel. Setiap set direka bagi membantu pemain membuka dan menaik taraf watak-watak tersebut dengan serta-merta:

  • Fraux Character Expansion Set:
    • Crewmate Card: Fraux
    • 20 x Silver Centrum
    • Enchantress’s Blessing (Sigil unik Fraux)
  • Fediel Character Expansion Set:
    • Crewmate Card: Fediel
    • 5 x Ambrosia
    • The Black’s Mark (Sigil unik Fediel)

Kedua-dua character set ini boleh dibeli melalui kedai platform masing-masing, atau anda boleh melayari halaman DLC rasmi untuk maklumat lanjut.

Sistem Combat dan Kemajuan Baharu

Endless Ragnarok membawakan beberapa mekanik baharu yang meluaskan lagi lagi sistem combat utama Relink:

  • The Summon System: Pemain boleh melengkapkan dan memanggil sekutu mahupun bos ketika bertarung. Ciri summon memberikan invincibility sementara, sekali gus menawarkan pilihan defensif yang amat penting semasa menentang bos kuat.
  • Primal Bursts: Apabila keempat-empat ahli pasukan menggabungkan Skybound Arts mereka di bawah syarat tertentu, Lyria boleh menggunakan Primal Burst. Mekanik ini akan menyeru entiti gergasi seperti Proto Bahamut atau Excavallion untuk menghasilkan damage yang sangat besar.
  • The Conflux Mode: Mod roguelite single-player baharu, di mana pemain perlu bertarung berturut-turut. Mod ini memudahkan lagi progression grinding dengan menawarkan pelbagai bahan naik taraf untuk senjata dan sigil.
  • Master Traits & Fatebreaker Grade: Had kemajuan ditingkatkan menerusi skyfarer grade “Fatebreaker”, membolehkan pemain meningkatkan Master Traits demi menyesuaikan gaya permainan masing-masing.
  • Chaos Difficulty: Co-op quest susah dan bos endgame yang amat mencabar seperti “The World” sedia untuk dilawan di bawah tahap kesukaran baharu ini.

Pilihan Pembelian dan Peningkatan Platform

Cygames menawarkan pilihan pembelian yang fleksibel bagi memenuhi keperluan pemain lama serta pendatang baharu:

  • Untuk Pendatang Baharu: Pakej lengkap Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok menggabungkan game asas bersama expansion ini. Edisi fizikal ditawarkan untuk Nintendo Switch 2 dan PlayStation 5, manakala edisi digital tersedia untuk Switch 2, PS5, PS4, dan PC. Memandangkan game asas baru sahaja dilancarkan di Nintendo Switch 2, pemain konsol baharu tersebut perlu mendapatkan pakej ini untuk mula bermain.
  • Untuk Pemilik Sedia Ada: Pemain yang sudah memiliki game asas di PlayStation 5, PlayStation 4, atau Steam boleh mendapatkan Endless Ragnarok Upgrade Kit digital secara berasingan. Ini membolehkan anda memindahkan save file dan terus sambung main. Sila ambil perhatian bahawa Upgrade Kit hanya disokong pada platform yang sama (tiada sokongan cross-platform).

Kedua-dua versi game asas dan upgrade kit ditawarkan dalam Standard Edition serta Special Edition. Special Edition datang bersama bonus digital tambahan seperti Relink DLC Collection dan Endless Ragnarok Special Pack.

Untuk butiran lanjut, sila layari laman web rasmi di https://relink-ragnarok.granbluefantasy.com.

Tags: DLCGranblue Fantasy: Relink - Endless Ragnarok
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Echoes of Aincrad – Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Echoes of Aincrad – Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong
Review

Reviu Echoes of Aincrad – Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam
Anime

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam

July 8, 2026
Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir
Berita

Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir

July 8, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd