Android Police telah melaporkan bahawa Google telahpun memulakan ujian untuk servis langganan Play Pass mereka yang bakal menawarkan ratusan applikasi dan game premium tanpa iklan ataupun pembelian dalam aplikasi hanya dengan yuran bulanan yang tetap.
Pautan skrin yang diterima oleh Android Police daripada seorang pembaca menunjukkan sedikit perincian berkenaan servis ini, dan ianya kelihatan sangat serupa dengan sistem langganan akan datang dari Apple iaitu Apple Arcade yang diumumkan awal tahun ini.
Pelanggan perlu membayar yuran bulanan USD$4.99 untuk mendapatkan akses tanpa had kepada katalog aplikasi dan game permium tanpa iklan, dengan kesemua pembelian dalam aplikasi telah dibuka. Pautan skrin menunjukkan game seperti Monument Valley, Knights of the Old Republic, Threes, Limbo, Stardew Valley, Ticket to Ride, Marvel Pinball dan banyak lagi. Terdapat juga pelan Family dan semestinya ia akan lebih mahal daripada USD$4.99.
Beza servis Google daripada Apple adalah menerusi Play Pass, Google akan menawarkan akses kepada katalog game sedia ada dimana ianya telahpun berada di Play Store. Tetapi, dengan keadaan dimana cetak rompak adalah lebih tegar di platform Android disekalikan dengan fakta dimana pengguna iOS adalah lebih cenderung untuk membuat pembelian dalam aplikasi, ini menjadikan aplikasi premium sukar dijual dalam Android. Tetapi, servis langganan yang menjanjikan yang terbaik daripada Play Store dengan yuran tetap dijangkakan dapat menyelesaikan masalah ini.
Walaupun dengan pautan skrin yang didedahkan ini, servis Play Pass ini masih lagi dalam ujian dan ketika ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Google – ini bermakna maklumat yang didedahkan ketika ini mungkin akan berubah ketika ianya dilancarkan kelak; JIKA ianya dilancarkan.
Sekiranya ia dilancarkan, Play Pass akan berpotensi memberikan saingan yang sengit kepada Apple Arcade.
Sumber: The Verge
Sumber Gambar: Android Police
@gamersantaimy
Discussion about this post