Peminat lama kepada francais Dragon Ball pasti sudah biasa melihat transformasi demi transformasi baru di dalam francais. Tetapi dengan filem terbaru Dragon Ball Super: Super Hero, Gohan -anak sulung kepada Goku- benar-benar telah melangkaui jangkaan kita semua dengan mempamerkan Gohan Beast, sebuah transformasi yang unik hanya untuk dirinya sahaja.
Di sini, izinkan saya jelaskan secara mendalam apa itu “Gohan Beast”!
Bagaimana ia tercipta?

Akira Toriyama (pencipta Dragon Ball) menjelaskan bahawa nama itu berasal daripada sensasi apabila “binatang buas di dalam diri telah bangkit”. Reka bentuk awal termasuk kulit pucat dan wajah lebih menakutkan dengan rambut yang besar. Sebelum nama ini dipilih, transformasi ini dirujuk sebagai Final Gohan dalam storyboard.
Dalam anime Dragon Ball Super, Gohan pernah menyebut bahawa dia berusaha untuk “transformasi terunggul yang belum pernah dilihat oleh sesiapa sebelum ini”. Dalam manga, dia pernah memberitahu Kefla tentang matlamatnya untuk berkembang secara sendiri sebagai “manusia” dan bukannya sebagai Saiyan.
Penampilan

Dalam bentuk ini, gaya rambut Gohan menyerupai Super Saiyan 2 semasa zaman remajanya melawan Cell tetapi lebih panjang dan berwarna kelabu muda dengan tona yang sama seperti Perfected Ultra Instinct.
Pada masa yang sama, kening Gohan turut bertukar warna putih manakala matanya menjadi merah sepenuhnya dengan anak mata hitam. Di sekeliling, auranya mengekalkan cahaya putih kebiruan ikonik, dengan tambahan warna magenta merah yang diselubungi kilat.
Apabila menggunakan bentuk itu, suara Gohan semakin dalam dan menjadi lebih garau, serupa dengan bentuk Super Saiyan 4 untuk menyerupai perubahannya kepada “binatang”.
Transformasi Gohan yang paling kuat

Gohan Beast merupakan evolusi kepada bentuk Potential Unleashed, dan berasal daripada kekuatan dalaman yang dimilikinya sejak zaman kanak-kanak. Buat masa ini, Beast merupakan transformasi terkuat milik Gohan dalam francais.
Selama ini, Piccolo percaya bahawa Gohan adalah pahlawan yang paling kuat, dan dalam promosi untuk filem tersebut, Toriyama juga merujuk yang Gohan lebih kuat daripada sesiapa sahaja (termasuk Goku dan Vegeta), tetapi tidak mempunyai peluang untuk menyerlah.
Walaupun kita tidak ada jawapan rasmi, ramai mengatakan bahawa Gohan Beast adalah setanding dengan Goku Ultra Instinct.

Dalam Dragon Ball Super: Super Hero, Gohan mencapai transformasi ini selepas menyaksikan Cell Max hampir membunuh Piccolo lalu berubah selepas mengalami perasaan kemarahan tulen 100%, sama seperti transformasi Super Saiyan 2 melawan Cell original.
Dalam bentuk ini, dia dengan mudah dapat bertahan tumbukan berkuasa penuh daripada Cell Max (sedangkan bentuk Potential Unleashed bersama bantuan rakan-rakan lain pun tidak boleh buat apa) dan mengalahkan orang jahat itu dengan serangan Special Beam Cannon.
Apa pendapat anda tentang Gohan Beast? Adakah Gohan layak menjadi watak utama di samping ayahnya Goku? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!
Untuk membaca segala liputan kami tentang Gohan daripada Dragon Ball, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post