Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Goddess of Victory: Nikke Umum Pelan 2025 Dengan Crossover Evangelion & Stellar Blade!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 24, 2024
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, RPG, Shooter
0 0
0
Goddess of Victory: Nikke Umum Pelan 2025 Dengan Crossover Evangelion & Stellar Blade!
Share on FacebookShare on Twitter

Goddess of Victory: Nikke, game sci-fi RPG shooter yang menampilkan android NIKKE yang comel tetapi berkuasa, baru sahaja mengumumkan info menarik untuk 2025 semasa siaran langsung rasmi.

Dibangunkan oleh Shift Up dan diterbitkan oleh Level Infinite, game ini dijangka terus memikat hati peminat dengan rancangan terbaru yang menjanjikan pelbagai kandungan menarik untuk tahun depan.

NIKKE x Neon Genesis Evangelion (Februari 2025)

Francais anime ikonik Neon Genesis Evangelion bergabung dengan NIKKE dalam acara kolaborasi yang pasti menggembirakan pemain. Watak-watak kegemaran seperti Asuka, Rei, Mari, dan Misato akan membuat penampilan bersama watak SSR kolaborasi baharu dan watak NIKKE kolaborasi yang boleh diperoleh secara percuma. Acara ini juga akan merangkumi:

  • Kostum eksklusif untuk watak, termasuk skin percuma
  • Peta acara 3D
  • Jalan cerita kolaborasi
  • Mini game baharu yang direka khas untuk acara ini

NIKKE x Stellar Blade

Sebagai pencipta kedua-dua game NIKKE dan Stellar Blade, Shift Up membawa kedua-dua dunia ini bersama dalam crossover menarik. Walaupun butiran masih dirahsiakan, kolaborasi ini dijangka meraikan hubungan unik antara kedua-dua judul. Nantikan lebih banyak kemas kini mengenai crossover ini.

New Year Version Update (26 Disember 2024)

【Over-Spec Introduction】

The Nikke enhancement plans that were announced during the 2nd Anniversary Developer’s Interview will be going live soon!

Refer to the image below for more basic information about Over-Spec recruitment, wish lists, molds, towers, equipment,… pic.twitter.com/TOX0OkBpUw

— GODDESS OF VICTORY: NIKKE (@NIKKE_en) December 23, 2024

Menjelang tahun 2025, NIKKE akan melancarkan New Year Version Update pada 26 Disember. Kemas kini ini menawarkan lebih 100 peluang rekrut, memastikan pemain memulakan tahun dengan penuh semangat.

Mulai 1 Januari, pemain boleh merekrut SSR Rapi: Red Hood, versi “awakened” bagi watak kegemaran Rapi, yang menggabungkan kekuatannya dengan kuasa NIKKE yang gagah dikenali sebagai Red Hood.


Dengan lebih 45 juta muat turun di seluruh dunia, Goddess of Victory: Nikke kini tersedia untuk PC, iOS, dan peranti Android. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: Goddess of Victory: NIKKEStellar Blade
ShareTweetSend
Previous Post

“Genshin Impact: Stand With Mavuika Roadshow” Akan Datang ke Malaysia Bermula 3 Januari!

Next Post

Steam Best of 2024: Senarai Game Paling Sukses Di PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Steam Best of 2024: Senarai Game Paling Sukses Di PC!

Steam Best of 2024: Senarai Game Paling Sukses Di PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd