Sudah hampir seminggu sejak God of War Ragnarok dikeluarkan di seluruh dunia, dan pasti ramai yang sedang bermain kisah Kratos dan Atrues. Di sini, mungkin ada tertanya-tanya apa yang berlaku pada penghujung God of War Ragnarok – jadi izinkan saya jelaskan satu-satu peristiwa yang berlaku pada penamat game tersebut.
AMARAN! SPOILER UNTUK PENAMAT GOD OF WAR RAGNAROK BERMULA DI SINI!
Di penghujung God of War Ragnarok, peristiwa Ragnarok tetap berlaku yang mengancamkan untuk menghancurkan seluruh alam. Selepas kematian Heimdall (seorang dewa dan anak kepada Odin), Kratos membunyikan Gjallarhorn (tanduk Heimdall yang digunakan untuk memberi amaran kepada dewa-dewa lain) lalu pergi ke Asgard bersama Atreus, Freya, dan seluruh tentera daripada kesembilan alam Norse untuk mengalahkan Odin buat selama-lamanya.
Kejadian Ragnarok akhirnya menjadi perang besar-besaran, di mana Surtr dan The World Serpent (Jormungandr) bertarung di pihak Kratos dan Atreus ketika duo itu mencari Odin.
Dalam perjalanan ke Odin, Kratos diculik oleh Thor dan mula bertarung dengannya. Selepas pertarungan yang lama, Kratos berjaya mengalahkan Thor tetapi membuat keputusan untuk tidak membunuhnya. Apabila Thor sedar akan kesilapannya, Odin datang dan mengarahkan Thor untuk membunuh Kratos.
Namun, Thor enggan mengikuti arahan Odin lalu dibunuh oleh ayahnya sendiri. Atreus dan Thrud (anak perempuan Thor) yang sedang mengejar Kratos menyaksikan kematian Thor. Dalam keadaan marah, Kratos dan Atreus bekerjasama sekali lagi untuk mengalahkan Odin dan menamatkan kejadian Ragnarok.
Selepas mengalahkan Odin (dengan bantuan Freya), Atreus menyerap roh Odin, lalu meletakkannya di dalam guli mistik. Atreus memberikan guli itu kepada Freya dan membiarkan dia untuk membuat pilihan. Sebelum ini, matlamat Freya hanya adalah untuk membunuh Odin, tetapi dia kini tidak ingin jatuh ke “lembah kegelapan”.
Tidak lama selepas itu, Sindri muncul dan merampas guli itu lalu memusnahkannya. Ini menyempurnakan misi balas dendam Sindri selepas kematian abangnya, Brok, di tangan Odin.
Walaupun Odin dikalahkan, Surtr hilang kawalan dan teruskan usahanya untuk memusnahkan Asgard. Terperangkap di tengah-tengah serangan Surtr, Freyr (abang Freya), melindungi semua orang sambil mencari jalan untuk mereka melarikan diri ke Midgard. Malangnya, Freyr mati, tetapi pengorbanannya cukup penting untuk memastikan yang lain hidup.
Kembali ke Midgard, Atreus bangun daripada tidur dan mendapati Kratos sedang menunggunya di puncak gunung. Di sini, Angrboda (salah satu warga Giant) muncul dan mendedahkan satu lagi kuil rahsia yang Kratos dan Atreus tidak tahu sebelum ini.
Selepas melihat kuil itu, kedua-duanya sedar bahawa Faye (isteri Kratos dan ibu Faye) sebelum ini memusnahkan kuil di dinding Jotunheim yang meramalkan kematian Kratos, supaya pasangan bapa dan anak itu dapat menentukan nasib mereka sendiri.
Atreus memberitahu Kratos bahawa dia ingin memulakan perjalanan sendiri dan mencari mana-mana Giant yang masih hidup di kesembilan alam. Selepas mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan bersama, Kratos akhirnya memberikan restunya kepada Atreus dan memberitahu anaknya bahawa dia sudah bersedia untuk meneruskan pengembaraan seorang diri.
Selepas Atreus pergi, Kratos menemui satu potret di belakang kuil. Imej ini menggambarkan dirinya sebagai penyelamat Ragnarok, di mana semua askar-askar dari kesembilan alam memuji dia atas kepimpinannya dalam perang. Selepas sedar apa yang dilukis dalam potret ini menjadi realiti, Kratos menjadi emosi dan mengaku dia akhirnya telah berubah menjadi insan yang lebih baik daripada dirinya yang lama.
Maka, itulah yang terjadi di penamat God of War Ragnarok. Apa pendapat anda? Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan SINI.
JOM SERTAI GIVEAWAY GOD OF WAR RAGNAROK KAMI DI SINI!!
@gamersantaimy
Discussion about this post