Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Girls’ Frontline 2: Exilium Kini Tersedia di PC Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 12, 2025
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, Real time strategy, Steam, Turn-Based
0 0
0
Girls’ Frontline 2: Exilium Kini Tersedia di PC Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Commander, kini masanya telah tiba—Girls’ Frontline 2: Exilium kini boleh dimuat turun di Steam! Anda boleh melawat Steam store dan memuat turun game ini untuk menjadi antara yang pertama meneroka dunia ini.

Perlu diingat, apabila log masuk buat kali pertama, game tidak akan memilih server secara automatik mengikut kawasan anda; hanya klik butang Bumi di sebelah kiri skrin log masuk untuk menukar server jika perlu.

Commanders, we are thrilled to announce that "Girls' Frontline 2: Exilium" is now available to be downloaded on Steam!

Download to be the first to experience the game on Steam!https://t.co/0FaxxkLaih#GirlsFrontline2Exilium #gfl2exilium pic.twitter.com/gdmalTRWgX

— GIRLS' FRONTLINE 2: EXILIUM-EN Official (@GFL2EXILIUM_EN) February 11, 2025

Dibangunkan oleh MICA Team, Girls’ Frontline 2: Exilium adalah sebuah turn-based strategy RPG percuma untuk dimainkan dan merupakan sekuel kepada Girls’ Frontline yang popular. Game ini mengadaptasi sistem pertempuran yang serupa dengan siri XCOM, namun dengan mekanik unik tersendiri yang membezakannya.

Dari segi penceritaan, Girls’ Frontline 2: Exilium bermula sepuluh tahun selepas peristiwa dalam game asal. Dalam dunia di mana manusia kini bergantung kepada T-Dolls untuk pertempuran, anda memegang peranan sebagai Commander—seorang pemburu bebas selepas pembubaran syarikat tentera Griffin & Kryuger.

Perjalanan anda bermula apabila seorang gadis misteri, sebahagian daripada kargo anda, dicuri, membawa anda ke dalam misi berbahaya melalui zon tercemar, di mana rahsia lama akan didedahkan dan anda akan berhadapan dengan watak baru serta yang sudah dikenali.

Kredit: MICA Team

Dalam dunia pasca-apokalips ini, anda mengendalikan Tactical Dolls (T-Dolls)—android yang melambangkan pelbagai senjata sebenar.

Anda akan terlibat dalam pertempuran taktikal di mana penempatan strategik, penggunaan perlindungan, dan pengurusan pelbagai jenis unit seperti Bulwarks (tank), Sentinels (DPS), Vanguards (unit mobile), dan Supports (healer/buffer) adalah kunci untuk mencapai kemenangan.

Berbeza dengan pendahulunya yang menggunakan peta 2D, Exilium memperkenalkan peta 3D sepenuhnya yang dihidupkan dengan elemen dinamik seperti perlindungan, variasi medan, dan mekanisme interaktif yang meningkatkan lagi pengalaman taktikal.

Kredit: MICA Team

Pemain juga bebas untuk menyesuaikan senjata dengan pelbagai attachment dan skin, serta mengukuhkan hubungan dengan T-Dolls melalui interaksi di tempat seperti Refitting Room atau Dormitory.

Game ini turut menampilkan sistem gacha yang mantap, membolehkan pemain mendapatkan watak dan senjata baru. Dengan sistem pity, anda dijamin akan menerima item-item dengan tahap rarity tinggi selepas beberapa kali pull.

Kredit: MICA Team

Awalnya dilancarkan secara global pada 3 Disember 2024 untuk PC, iOS, dan Android, Girls’ Frontline 2: Exilium kini hadir di Steam, menawarkan pengalaman PC yang lebih seronok.

Tags: Girls’ Frontline 2: Exiliumsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu Monster Hunter Wilds – Bagaimana Entri Baharu Membawa Pemburuan & Penceritaan ke Fasa Baru

Next Post

Demo “The Hundred Line – Last Defense Academy” Akan Bermula 19 Februari!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Demo “The Hundred Line – Last Defense Academy” Akan Bermula 19 Februari!

Demo "The Hundred Line – Last Defense Academy" Akan Bermula 19 Februari!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd