Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Geng cryptocurrency diserbu dan terkantoi simpan beribu PS4 Pro, kad grafik dan prosesor

500 kad grafik, 50 prosesor dan 3,800 PS4 Pro dirampas oleh pihak keselamatan Ukraine

Amir Haziq by Amir Haziq
July 13, 2021
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Geng cryptocurrency diserbu dan terkantoi simpan beribu PS4 Pro, kad grafik dan prosesor
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Perkhidmatan Keselamatan Ukraine telah berjaya menyerbu ladang perlombongan cryptocurrency rahsia di bandar Vinnytsia. Menarik dalam serbuan ini adalah, mereka telah berjaya menjumpai sejumlah PlayStation 4 Pro yang banyak dengan beberapa peranti lain untuk melombong cryptocurrency. Suspek tersebut menyimpan barang-barang itu di dalam sebuah gudang lama yang berdekatan dengan stesen janakuasa bagi memudahkan aktiviti haram mereka.

Hasil dari serbuan yang dilakukan, pihak keselamatan Ukraine telah merampas sehingga 5,000 keping perkakasan komputer, termasuk lebih dari 500 kad grafik, 50 prosesor dan 3,800 PS4 Pro. Tidak mengejutkan dengan jumlah perkakasan itu, kerana ianya diperlukan untuk menggerakkan rig melombong crypto. Malah, barang-barang elektronik tersebut kini sedang mengalami masalah kekurangan bekalan di seluruh dunia, kerana disyaki disebabkan aktiviti perlombongan cryptocurrency yang semakin berleluasa.

Sumber: Perkhidmatan Keselamatan Ukraine

Seperti yang ada lihat di dalam gambar, terdapat sejumlah PS4 Pro yang banyak disimpan pada rak untuk digunakan bagi melombong cryptocurrency. Sebelum ini, kita pernah dengar yang konsol permainan boleh digunakan untuk aktiviti tersebut, seperti projek DIY Game Boy bagi melombong Bitcoin. Jadi ini boleh mengesahkan mereka telah menemui cara untuk melombong cryptocurrency dengan lebih cekap menggunakan konsol.

Selain itu, PS4 Pro mempunyai memori GDDR5 8GB yang dicatat pada 6.8 Gbps dan mampu memberikan jalur lebar sehingga 217,6 Gbps. Sebagai perbandingan, Radeon RX 580 merupakan salah satu GPU perlombongan terbaik kerana mempunyai memori 256 Gbps, jadi ini menunjukkan PS4 Pro berpotensi mempunyai keupayaan melombong cryptocurrency.

Sumber: Perkhidmatan Keselamatan Ukraine

Antara sebab harga perkakasan komputer seperti kad grafik melambung tinggi adalah disebabkan oleh kegiatan melombong cryptocurrency dari mereka yang bertanggungjawab. Akibatnya, kita yang nak upgrade barang PC menjadi tidak mampu untuk membelinya sebab harga pasaran terlalu tinggi.

Sumber: Kotaku

Tags: CryptocurrencyPlayStation 4 PROukraine
Previous Post

Tencent menghasilkan paten untuk pengguna mewasiatkan aset game mereka kepada pewaris!

Next Post

Mod baru, senjata percuma semuanya di Call of Duty: Black Ops Cold War dan Warzone Season Four Reloaded!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Mod baru, senjata percuma semuanya di Call of Duty: Black Ops Cold War dan Warzone Season Four Reloaded!

Mod baru, senjata percuma semuanya di Call of Duty: Black Ops Cold War dan Warzone Season Four Reloaded!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd