Netflix kini giat dalam menghasilkan adaptasi untuk video game tidak kiralah dalam bentuk animasi mahupun live action. Nampaknya satu lagi francais game akan mendapat adaptasi live action daripada platform penstriman itu. Francais yang dimaksudkan ialah Gears of War yang dibangunkan oleh The Coalition dan mereka akan bekerjasama dengan Netflix untuk adaptasi tersebut.
Melalui pengumuman rasmi di Twitter, Netflix akan menghasilkan adaptasi filem serta siri animasi dewasa untuk Gears of War. Ada kemungkinan besar terdapat beberapa tambahan pada penceritaan untuk adaptasi yang akan dihasilkan ini. Tiada maklumat lanjut yang diberikan oleh pihak Netflix dan The Coalition mengenai adaptasi Gears of War. Mungkin ia akan didedahkan pada masa akan datang.
Untuk anda yang tidak mengenali francais Gears of War, ia merupakan sebuah siri game yang berpusat kepada perang antara manusia yang diketuai oleh Coalition of Ordered Governments dan makhluk asing yang digelar Locust. Pemain akan mengikuti protagonis, Marcus Fenix dan askar lain pada permulaan game kemudian disambung kepada JD, anak Marcus dalam melawan musuh baru, Lambent.
Siri Gears of War telah mendapat sambutan hangat daripada pemain berikutan penceritaannya yang mantap dan pembangunan watak yang bagus. Belum lagi bercerita tentang gameplaynya yang agak gore. Kalau anda ingin tahu, siri ini sudah pun berumur 16 tahun dengan pelancaran game pertama pada 2006. Ia juga telah mempunyai lima game utama bersama beberapa spin-off.
Anda yang berminat untuk bermain game Gears of War, ia telah tersedia di pelbagai platform termasuklah Xbox Game Pass.
Melihat daripada keterujaan peminat terhadap pengumuman baru Netflix ini, mungkin kita jangan meletakkan harapan yang tinggi sangat. Kadang-kadang adaptasi mereka kadang-kadang menjadi, kadang-kadang tidak seperti adaptasi Resident Evil mereka.
Agaknya siapalah yang akan menjadi pelakon-pelakon untuk watak dalam game ini. Harap-harap Netflix mengikut sumber asalnya berbanding menghasilkan sesuatu yang original. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Netflix daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post